Berita Auto

Bentley Continental GT Kini Dengan Enjin V8

Selain enjin 12 silinder dalam konfigurasi W, Bentley Continental GT generasi ketiga kini boleh didapati dengan enjin twin-turbo 4.0-liter V8 baharu. Ia ditawarkan pada kedua-dua varian Coupe dan Convertible.

BHP Banner Perodua Aruz

Menjana 542 hp dan 770 Nm, enjin baharu ini membolehkan Continental GT memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 4.0 saat bagi Coupe dan 4.1 saat bagi Convertible. Kedua-duanya varian mempunyai kelajuan maksimum yang sama iaitu 318 km/j.

bentley-continental-gt-v8 (4)

Untuk perbandingan, varian 6.0-liter biturbo W12 yang mempunyai 662 hp dan 897 Nm memerlukan 3.7 saat untuk mencapai kelajuan yang sama dan boleh memecut sehingga 333 km/j.

bentley-continental-gt-v8 (1)

Enjin baharu ini bukan sahaja lebih berkuasa, malah ia juga dikatakan lebih ‘mesra alam’ dengan adanya sistem penyahaktifan silinder (cylinder deactivation system) yang berfungsi untuk mematikan empat silinder bergantung kepada cara pemanduan. Proses ini tidak menjejaskan kelancaran jentera mewah ini kerana ia berlaku dalam hanya 20 milisaat.

bentley-continental-gt-v8 (2)

Seperti model Bentley lain yang dihasilkan sebelum ini, Continental GT boleh dikustom mengikut citarasa pemilik dengan sembilan reka bentuk rim bersaiz sehingga 22 inci dan beberapa warna luaran eksklusif untuk dipilih. Bukan itu sahaja, bumbung fabrik varian Convertible didatangkan dengan tujuh pilihan warna.

bentley-continental-gt-v8 (3)

 

Previous post

Zaqhwan Zaidi Kembali ke Cub Prix

Next post

Honda Malaysia Terajui Segmen Bukan-Nasional 4 Tahun Berturut-turut

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *