Promosi / Tawaran / Peraduan

Menangi Percutian Perancis

Ingin ke Paris? Ini dia peluang untuk anda dan seorang teman untuk memenanginya. Cuma anda kena beli kereta dari Perancis dahulu. Kena beli kereta Renault. Model yang terpilih. Hingga 30 April beli Koleos atau Captur dan anda berpeluang menang percutian ke Paris untuk dua orang. Jom kita ke Paris!!!

BHP Banner 1

Siaran Akhbar

Kuala Lumpur, 6 Mac 2019 – Pemegang tunggal francais kenderaan Renault di Malaysia, TC Euro Cars (TCEC), hari ini telah melancarkan kempen penjualan baharu – “Percutian ke Perancis”, ianya menawarkan percutian untuk dua orang ke Paris kepada mereka yang membeli model terpilih Renault.

Kempen yang berlangsung dari 1 Mac hingga 30 April 2019 ini ditawarkan bagi model perdana Renault, Koleos SUV segment D mewah atau kejayaan pengeluar kereta yang tidak disangka di Perancis, iaitu Captur, sebuah crossover bandar serba guna yang penuh bergaya.

Pelanggan yang membeli mana-mana model di atas dalam tempoh kempen ini akan berpeluang untuk memenangi percutian untuk dua orang ke ibu kota Perancis yang terkenal sebagai kota yang paling cantik dan romantik di dunia, dan diberi nama jolokan seperti City of Romance and Capital of Fashion.  Rakan kongsi percutian rasmi TCEC ini ialah Mayflower Holidays.

“Model kontemporari Renault kini menonjolkan ciri-ciri keperibadian Renault tersendiri yang mencerminkan gaya Perancis dan kemahirannya dari segi reka bentuk dan kehalusan pembuatan,” kata Kuan Kim Luen, Ketua Pegawai Eksekutif, TC Euro Cars Sdn. Bhd.

“Kempen jualan ini diadakan untuk meraikan Renault’s French roots yang menawarkan peluang percutian unik ke Paris dan pengalaman bersama Renault di Perancis apabila anda membeli kenderaan Renault. Kami yakin bahawa pelanggan kami mengidamkan gaya hidup yang unik, dan inilah sememangnya apa yang Renault tawarkan,” sambung beliau.

Pengalaman Perancis yang sempurna

Renault Captur dan Koleos merupakan jelmaan bahasa reka bentuk segar Renault yang sempurna hasil daripada strategi reka bentuk terbaharu jenama tersebut. Pendekaan baharu memberi tumpuan pada dua aliran  utama yang akan diteruskan dalam kenderaan Renault masa depan: Reka Bentuk Perancis dan Kehidupan Serba Mudah.

Gaya konsisten yang memaparkan ciri-ciri gaya baharu Perancis Renault, iaitu panas, mudah, garis berahi, wajah keluarga yang jelas dan lampu signature berbentuk C, memastikan kedua-dua Captur dan Koleos menampilkan ciri-ciri keperibadian Renault yang kuat dan mudah dikenali.

Kedua-dua model ini, sama seperti model utama Renault yang lain, mendapat manfaat daripada keghairahan syarikat dalam industri automotif lebih daripada 120 tahun.  Ia mengilhamkan semangat jenama untuk berusaha secara berterusan dalam membolehkan orang ramai hidup lebih senang dengan adanya kenderaan.

Dengan warisan Renault yang kaya, termasuk penglibatan kian lama dan mendalam dalam sukan permotoran seperti Formula 1, pemilik Captur dan Koleos serta berjuta-juta pelanggan Renault kini dapat menikmati faedah kejayaan kejuruteraan seperti pengecaj turbo, seni bina powertrain dan aerodinamik yang lebih baik, pembangunan bahan baharu, penjimatan bahan api yang lebih baik, sistem pemulihan tenaga yang lebih cekap dan tindak balas pemandu yang dipertingkatkan.

Berdasarkan legasi dan visi untuk mobiliti masa depan, Renault sudah pun mengeluarkan kereta konsep yang menetapkan permulaan kitaran baharu rekaan dan inovasi Renault yang menggabungkan permikiran reka bentuk, teknologi dan amalan pengeluaran terbaik.  Kereta konsep ini menjadi visi rekaan bagi generasi akan datang model Renault dengan ciri-ciri seni bina yang lebih halus, sentiasa berhubung dan murni yang memaparkan semangat memandu di Perancis yang terbaik dengan tanda jenama syarikat tersebut, iaitu “Passion for Life”.

Renault Captur and Koleos: Harga dan Tersediaan

Renault Captur crossover pengecaj turbo yang terbaharu boleh didapati dengan harga RM107,980, tidak termasuk insurans, kini merupakan kenderaan bertaraf Euro 6 dengan kadar pelepasan asap yang lebih rendah, enjin mula-henti automatik, dan sistem maklumat hiburan 7 inci yang baharu dengan navigasi dalam talian/luar talian dan sambungan internet.  Sistem maklumat hiburan menyokong aplikasi mudah alih muzik dan navigasi seperti Joox, Waze dan sebagainya.

Dengan gabungan ciri-ciri crossover kota yang diinginkan oleh pemandu moden, Renault Captur pengecaj turbo ini menampilkan gaya luaran ekspresif dengan warna badan dua ton dan dilengkapi dengan kombinasi kerusi kulit berwarna hitam yang mewah, kerusi gelangsar di baris belakang untuk ruang but yang lebih besar, sistem maklumat hiburan 7 inci dengan kamera belakang dan navigasi, empat beg udara kecekapan tinggi dan kecekapan bahan api yang sangat baik.

Renault Captur merupakan model crossover paling laris di Eropah dalam kelasnya, dengan jualan dunia melebihi 1 juta unit.

SUV Segmen D mewah, Renault Koleos, pula boleh didapati dengan harga RM173,840.  Ia menawarkan ruang dalaman terkemuka dengan ciri-ciri seni bina setanding dengan kereta mewah, enjin petrol 2.5 liter, sistem multimedia R-LINK 2 dengan skrin sentuh bersaiz 8.7 inci, lampu kabin LED yang boleh dilaraskan, kombinasi kerusi kulit yang mewah, enam beg udara, pintu but automatik (model terpilih sahaja) dan sistem pengesanan terhalang pandagan (blind spot).

Semua harga yang dinyatakan ialah harga di-atas-jalan dengan SST, tidak termasuk insurans bagi Semenanjung Malaysia dan pendaftaran individu perseorangan sahaja.

Untuk maklumat lanjut mengenai Renault di Malaysia, sila layari www.renault.com.my  atau www.facebook.com/RenaultMalaysia.

Renault Paris X 2

Previous post

BMW 8 Series Masuk Pasaran Malaysia

Next post

Morgan Plus Six Kembali

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *