Sukan

Azroy Hadiahkan Kemenangan Pertama Honda

Azroy Hakeem Anuar meraih kemenangan penuh bermakna buat kontinjen Honda setelah berjaya memenangi perlumbaan CP150 pada pusingan pembukaan Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS 2019 yang berakhir di Jasin, Melaka, hari ini.

BHP Banner 4008

Selepas dua musim, pelumba Idemitsu Honda Yuzy Racing itu akhirnya berjaya menamatkan dominasi jentera Yamaha sekaligus turut menjadi kemenangan pertamanya dalam kategori perdana.

Azroy memulakan 20 pusingan perlumbaan dari petak ketiga sebelum berjaya merampas kedudukan daripada pendahulu, Md Iqbal Amri Malek seawal pusingan kedua. Azroy bagaimanapun diberikan tentangan sengit oleh seorang lagi pelumba muda, Md Helmi Azman sebelum berjaya memenangi perlumbaan dengan masa keseluruhan 16’02.227s.

Azroy

Azroy

Helmi muncul naib juara dengan masa keseluruhan 16’02.939s sambil rakan sepasukan Azroy, Md Zaqhwan Zaidi yang kembali ke kancah Cub Prix pada musim ini melengkapkan penguasaan podium Honda di kedudukan ketiga dengan masa 16’09.377s.

Dalam saingan CP115, Md Fareez Afeez Abd Rahman meneruskan momentum kemenangan pasukan Motul Yamaha YY Pang Racing apabila mengungguli 12 pusingan perlumbaan dengan masa keseluruhan 12:31.825s.

Podium CP115

Podium CP115

Naib juara keseluruhan musim 2018 itu mengatasi Ahmad Syukran Aizat Md Yusoff (PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing) di kedudukan kedua dengan masa 12:34.962s sementara pendatang baharu kategori CP115, Md Syarifuddin Azman (SGR) Idemitsu Kozi DFZ Yam Honda Racing menamatkan perlumbaan di kedudukan ketiga.

Juara keseluruhan WIRA 2018 itu menamatkan perlumbaan dengan masa keseluruhan 12:35.454s.

Podium WIRA

Podium WIRA

Sementara itu, perlumbaan kategori WIRA dimenangi pelumba persendirian, Md Zaki Zamri yang menamatkan lapan pusingan perlumbaan dengan masa keseluruhan 10’24.355. Tempat kedua milik pelumba pasukan Super KIP Motorsports, Md Afizi Supaat dengan masa 10’24.355s Md Sharul Ezwan M Sharil (AFB TECH Racing) ketiga, 10’24.493s.

Previous post

Proton Mulakan Projek Kilang Pemasangan di Pakistan

Next post

BMW Akan Membersarakan 3-Series GT

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *