Hibrid & Elektrik

Selamat Tinggal Audi W12 … Hello e-tron

Audi AG baru sahaja mengumumkan penghasilan enjin W12 untuk sedan super mewah A8. Ya, ini adalah berita gembira untuk pencinta alam dan pembenci mobil dan berita buruk untuk kakimoto.

Banner Gostan

Audi AG sedang dengan secara sistematik beralih ke hadapan dengan pengembangan pelbagai jenis hibrid plug-in serta strategi elektrifikasi dan dengan itu mengambil langkah seterusnya ke arah mobiliti lestari seperti semua jenama lain di bawah VW Group.

2018 Audi A8 2

Audi AG telah memulakan projek ini pada tahun 2018 dengan e-tron. Langkah seterusnya dilakukan dengan pembentangan versi PHEV model A8, A7, A6 dan Q5 pada Geneva International Motor Show 2019 baru-baru ini.

Audi AG kini merancang untuk lebih daripada 20 model elektrik sepenuhnya dan sebahagiannya menjelang 2025.2018 Audi A8 1

Audi AG sedang meneliti dan menganalisa kehendak pelanggan dengan teliti dan memperluaskan dan menyesuaikan rangkaian produk mereka dengan sewajarnya.

Ini bererti, tumpuan Audi adalah untuk menambah versi yang dibina di sekitar enjin V6 dan V8 yang sangat popular, sebahagiannya dengan pengurangan kerumitan yang mereka harapkan. Enjin W12, bagaimanapun, adalah enjin untuk segmen khusus.

Previous post

Bumper Proton X70 Dibaiki Dalam Hanya 2 Hari

Next post

Perodua Daftar Calon Pertama Untuk Sistem Pengurusan Pemeriksaan Kenderaan Malaysia

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *