Motosikal / Lain Lain Roda

Zontes Lancar 4 Model Baharu Bagi Pasaran Malaysia

Pengeluar motosikal dari China iaitu Zontes telah memasuki pasaran Malaysia dengan empat model baharu iaitu ZT310-T, ZT310-R, ZT310-X and ZT310-X GP. Keempat-empat motosikal dibina menggunakan platform yang sama, jadi isu mengenai ketersediaan alat ganti tidak akan timbul.

Banner.BHP.Infiniti.Thematic.Web.GG.BM

Tanpa mengira varian, ZT-310 dikuasakan oleh enjin 312 cc, DOHC silinder tunggal yang menghasilkan 34.8 hp pada 9,500 rpm dan 30 Nm pada 7,500 rpm. Kuasa disalurkan ke roda belakang menerusi transmisi enam kelajuan.

Zontes ZT310-R 06

Syarikat itu mendakwa bahawa kesemua model tawarannya ini mampu mencapai kelajuan maksimum 160 km/j, dengan penggunaan bahan api sekitar 3.2 liter bagi setiap 100 km. Terdapat dua mod tunggangan yang boleh dipilih iaitu E untuk ekonomi dan S untuk sport.

Zontes ZT310-R 05

Bagi casisnya pula, ZT310 dilengkapi dengan fork terbalik dan lengan ayun aluminium dengan suspensi monoshock berisi nitrogen di belakang. Sistem ABS Bosch M9.1 disertakan secara standard pada barisan model ini.

Zontes ZT310-T 07

Kelengkapan standard yang lain termasuklah sistem kawalan tanpa kunci, port pengecas USB, paparan TFT digital, lampu LED depan, belakang dan isyarat serta penghadang angin boleh laras bagi ZT310-T dan ZT310-X.

Zontes ZT310-X 08

Jadi apakah perbezaan antara keempat-empat model ini? ZT310-T merupakan motosikal adventure dengan ciri-ciri menonjol seperti penghadang angin besar, pelindung tangan serta bar pelindung. Berharga RM22,800, ia turut didatangkan dengan top box dan pannier.

Zontes ZT310-T 02

Sementara itu, ZT310-R adalah model naked sports dengan penggayaan yang berani dan agresif. Ia dijual pada harga RM19,800. ZT310-X pula merupakan motosikal sport tourer dalam barisan model 310, menampilkan fairing penuh, pemegang belakang dan penghadang angin aerodinamik. Ia boleh menjadi milik anda dengan harga RM20,800 bagi model asas dan RM21,600 bagi versi GP yang didatangkan dengan grafik lebih sporty.

Zontes ZT310-R 01

Zontes ZT310-R 08

Zontes ZT310-T 01

Zontes ZT310-T 06

Zontes ZT310-X 01

Zontes ZT310-X 02

Zontes ZT310-X 10

 

 

 

 

Previous post

Kos Menggantikan Bateri Hibrid Volvo

Next post

Volkswagen Touareg V8 TDI Diperkenalkan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *