Berita Auto

Volkswagen T2 Ini Dibina Dengan 400,000 Kepingan Lego

Model saiz sebenar yang dibina menggunakan kepingan Lego bukanlah sesuatu yang baru, namun replika camper van Volkswagen T2 yang diperkenalkan di acara ‘F.re.e Leisure and Travel Fair’ di Munich ini lain daripada yang lain kerana ia mempunyai kabin yang boleh dimasuki lengkap dengan perkakasan seperti kereta sebenar.

Banner.BHP.Infiniti.Thematic.Web.GG.BM

Replika ini dibina oleh pembina pakar Lego, Rene Hoffmeister dan Pascal Lenhard dalam tempoh enam minggu menggunakan 400,000 kepingan Lego. Mereka menggunakan imej 3D bagi mendapatkan idea tentang berapa banyak kepingan yang diperlukan bagi melengkapkan projek tersebut.

volkswagen-t2-transporter-lego-gohedgostan-02

Hasilnya adalah sebuah replika berukuran 5 meter panjang, 2 meter tinggi dengan berat kira-kira 700 kg. Jika bumbung dinaikkan, ketinggian akan bertambah sebanyak 1 meter.

volkswagen-t2-transporter-lego-gohedgostan-03

Lebih menarik lagi, replika ini turut mempunyai pintu gelongsor seperti yang ada pada T2 Transporter sebenar. Semua kelengkapan yang ada di dalam model ini seperti tempat duduk, meja, lampu, dapur dan sinki, dibina menggunakan kepingan Lego.

volkswagen-t2-transporter-lego-gohedgostan-05

Previous post

Mercedes-Benz SL Grand Edition Tanda Perpisahan

Next post

Honda Jazz Mugen dan BR-V Special Edition Dilancarkan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *