Berita Auto

Volkswagen Jetta GLI (2019) Untuk Mereka Yang Mahukan Kuasa dan Praktikaliti

Volkswagen telah memperkenalkan Jetta GLI baharu di Chicago Auto Show 2019. Model ini dikuasakan oleh enjin Golf GTI, jadi ia adalah pilihan yang tepat bagi mereka yang mahukan gabungan prestasi dan praktikaliti.

Banner.BHP.Infiniti.Thematic.Web.GG.BM

Berbeza dengan versi standard yang diperkenalkan awal tahun lalu, Jetta GLI menampilkan penggayaan lebih agresif menerusi jeriji honeycomb dengan perincian merah (seperti Golf GTI) dan rim bersaiz 18 inci. Di bahagian belakang, lampu LED standard ditemani oleh spoiler, diffuser bersirip serta muncung ekzos berkembar yang didatangkan dengan kemasan krom.

Volkswagen Jetta GLI 2019 gohedgostan 04

Bahagian dalaman turut menampilkan suasana sporty menerusi upholsteri berwarna hitam yang dipadankan dengan jahitan merah pada stereng, tuil gear, perehat tangan dan karpet. Apa yang menarik, ia turut didatangkan dengan paparan HMI dari Golf GTI.

Volkswagen Jetta GLI 2019 gohedgostan 03

Seperti yang dikatakan, Jetta GLI dipacu oleh enjin TSI EA888 2.0-liter empat silinder yang menghamburkan 228 hp dan 350 Nm, 18 hp dan 55 Nm lebih tinggi berbanding versi terdahulu. Kuasa disalurkan ke roda hadapan menerusi transmisi manual enam kelajuan yang ditawarkan secara standard. Mereka yang kurang gemar memandu dengan tiga pedal boleh memilih versi DSG tujuh kelajuan.

Volkswagen Jetta GLI 2019 gohedgostan 05

Jetta GLI menampilkan sistem gantungan bebas dengan tetapan topang pada gandar hadapan dan multi-link pada gandar belakang. Seperti GTI, ia juga mempunyai VAQ Limited Slip Differential yang berfungsi untuk mengurangkan understeer, selain sistem stereng elektrik dengan nisbah boleh ubah.

Volkswagen Jetta GLI 2019 gohedgostan 02

Bukan itu sahaja, sedan ini turut didatangkan dengan sistem brek Golf R yang merangkumi cakera berukuran 13.4 inci di hadapan. Untuk tahap prestasi yang lebih tinggi, pelanggan boleh menunggu model ulang tahun ke-35 yang menampilkan pelbagai kelengkapan tambahan, termasuk sistem peredam adaptif DCC dengan mod tambahan Comfort.

Previous post

Nissan Leaf Sah Akan Masuk Ke Thailand April Ini

Next post

SUV Tidak Sepatutnya Dipandu Dengan Laju

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *