Motosikal / Lain Lain Roda

Vespa Notte Edition Dilancarkan – Harga dari RM17,700

Naza Premira telah melancarkan Vespa Notte Edition eksklusif yang boleh didapati dalam dua varian model iaitu GTS Super 300 ABS dan Sprint 150 i-Get ABS.

Banner.BHP.Infiniti.Thematic.Web.GG.BM

Sesuai dengan nama “Notte” yang bermaksud “malam” dalam bahasa Itali, kedua-dua model ini didatangkan dengan skema warna hitam matte yang dipadankan dengan komponen-komponen berwarna hitam berkilat seperti cermin sisi, ‘tie’ klasik pada pelindung depan, bar hendal, pemegang pembonceng dan pemijak kaki boleh lipat bagi GTS Super 300.

Vespa Notte Edition 09

Selain itu, Notte Edition turut didatangkan dengan pelana khas bagi setiap model, logo Notte pada bahagian belakang serta rim hitam berkilat.

Vespa Notte Edition 01

Tidak ada sebarang perubahan mekanikal, bermakna GTS Super 300 mengekalkan enjin Quasar empat lejang, silinder tunggal yang menghasilkan 15.6 kW pada 7,750 rpm dan 22 Nm pada 5,000 rpm. Ciri keselamatan standard seperti sistem ABS dua saluran dan Anti-Slip Regulator (ASR) turut disertakan.

Vespa Notte Edition 08

Sementara itu, Sprint 150 pula mempunyai 9.5 kW pada 7,750 rpm dan 12.8 Nm pada 6,500 rpm yang dibekalkan oleh enjin i-Get silinder tunggal dengan teknologi suntikan terus dan sistem pengedaran tiga injap.

Vespa Notte Edition 03

Vespa Notte Edition dijual pada harga bermula dari RM29,000 bagi GTS Super 300 dan RM17,700 bagi Sprint 150. Kedua-duanya boleh didapati di bilik pameran rasmi Vespa di seluruh negara.

Vespa Notte Edition 05

Vespa Notte Edition 10

Vespa Notte Edition 06

Vespa Notte Edition 02

Vespa Notte Edition 11

 

Previous post

Range Rover Sport HST Kini Dengan Enjin 6 Silinder dan Sistem Mild Hybrid

Next post

Mercedes-AMG SL63 Talaan G-Power Miliki 789 HP dan 1,100 Nm!

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *