Berita Auto

Toyota Camry Terima 5 Bintang ASEAN NCAP

UMW Toyota Motor mengumumkan bahawa Toyota Camry baharu telah mendapat pengiktirafan lima bintang dalam ujian pelanggaran Program Penilaian Kereta Baru untuk Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN NCAP).

Banner.BHP.Infiniti.Thematic.Web.GG.BM

Dilancarkan di Malaysia pada Disember tahun lalu, Camry menerima 49.04 mata bagi perlindungan penumpang dewasa, 22.68 mata bagi perlindungan penumpang kanak-kanak dan 19.75 mata bagi teknologi bantuan keselamatan. Model itu mendapat lima bintang dengan markah keseluruhan 91.47 mata.

Bagi pasaran Malaysia, Camry ditawarkan dalam satu varian sahaja iaitu 2.5V dengan harga bermula dari RM189,900. Ia dilengkapi dengan sistem keselamatan Toyota Safety Sense yang merangkumi ciri-ciri Pre-collision System, Lane Departure Alert (LDA), Steering Assist, Dynamic Radar Cruise Control (DRCC) dan Automatic High Beam (AHB).

Toyota Camry

Model ini dikuasakan oleh enjin 2AR-FE 2.5-liter empat silinder DOHC dengan teknologi Dual VVT-i yang menjana 184 PS pada 6,000 rpm dan 235 Nm pada 4,100 rpm. Kuasa disalurkan ke roda hadapan menerusi transmisi automatik enam kelajuan Super ECT.

 

Previous post

7 Ciri-Ciri Anda Patut Tahu Tentang Kia Picanto GT Line

Next post

Toyota 86 Tampil Lebih Bergaya Dengan Warna Hijau British

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *