Gaya Hidup

Sarung Tangan Lamborghini Ini Hanya Berharga RM668

Bersempena dengan New York Fashion Week 2019 yang berlangsung pada bulan ini, Lamborghini telah memperkenalkan koleksi sarung tangan memandu eksklusif yang dihasilkan dengan kerjasama jenama sarung tangan terkenal British iaitu Gizelle Renee.

Bersama dengan label Collezione Automobili Lamborghini, Gizelle Renee telah menghasilkan enam rekaan berbeza dalam pelbagai pilihan warna bagi menepati citarasa pelanggan yang pelbagai.

BHP Infiniti Thematic_Web Banner_Gohed Gostan_BM_650x85_FA

Sarung tangan tersebut diperbuat menggunakan pelbagai material mewah termasuk kulit Nappa serta kemasan gentian karbon, tidak ubah seperti bahagian dalaman jentera Lamborghini.

Apa yang menarik, sarung tangan eksklusif ini dijual pada harga bermula dari € 145 (RM668). Ia boleh dikatakan agak murah memandangkan bahan yang digunakan adalah berkualiti tinggi dan semua model Lamborghini berharga jutaan ringgit.

Jika anda berminat, sarung tangan ini boleh didapati bermula bulan September tahun ini.

Previous post

Subaru Legacy Kembali Dengan Enjin Turbo

Next post

Tiada Timbang Rasa

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *