Berita Auto

Range Rover Sport HST Kini Dengan Enjin 6 Silinder dan Sistem Mild Hybrid

Land Rover telah memperkenalkan Range Rover Sport HST versi terbaru yang dikuasakan oleh enjin Ingenium 3.0-liter enam silinder selari dan sistem mild hybrid baharu. Ia menggantikan model tahun 2015 yang menggunakan enjin V6 supercharged.

Banner.BHP.Infiniti.Thematic.Web.GG.BM

Dilengkapi dengan pengecas turbo twin-scroll dan Continuous Variable Valve Lift, enjin baharu itu berupaya menghasilkan 400 PS dan 550 Nm, membolehkan ia memecut dari 0-100 km/j dalam 6.2 saat dengan kelajuan maksimum mencecah 225 km/j.

range-rover-sport-hstrange-rover-sport-hst-gohedgostan-09

Menariknya, enjin itu juga disokong oleh sebuah supercharger yang boleh berputar sehingga 120,000 rpm dalam hanya 0.5 saat bagi mengurangkan kesan turbo lag.

range-rover-sport-hstrange-rover-sport-hst-gohedgostan-02

Sementara itu, sistem mild hybrid tersebut menggunakan motor elektrik bagi mengumpul semula tenaga yang biasanya hilang ketika membrek. Tenaga itu disimpan di dalam pek bateri 48 volt dan akan digunakan dalam keadaan tertentu seperti ketika hendak mula bergerak.

range-rover-sport-hstrange-rover-sport-hst-gohedgostan-04

Dari segi penampilan, Range Rover Sport HST didatangkan dengan lencana khas serta kemasan gentian karbon pada bonet, jeriji hadapan, saluran udara sisi dan tailgate. Ia juga mendapat angkup brek merah secara standard.

range-rover-sport-hstrange-rover-sport-hst-gohedgostan-10

Terdapat dua jenis rekaan rim aloi serta lima warna untuk dipilih iaitu Santorini Black, Fuji White, Indus Silver, Firenze Red dan Carpathian Grey.

range-rover-sport-hstrange-rover-sport-hst-gohedgostan-06

Di dalam, model ini mendapat tempat duduk Dynamic dengan pelarasan 16 cara, kemasan suede pada stereng dan tuil gear, paddle shifter dengan kemasan satin krom dan lencana HST. Sebagai tambahan, pelanggan juga boleh mendapatkan ciri-ciri seperti Adaptive Cruise Control dengan fungsi Stop & Go dan Steering Assist, serta High Speed Emergency Braking.

range-rover-sport-hstrange-rover-sport-hst-gohedgostan-05

range-rover-sport-hstrange-rover-sport-hst-gohedgostan-07

range-rover-sport-hstrange-rover-sport-hst-gohedgostan-08

range-rover-sport-hstrange-rover-sport-hst-gohedgostan-03

 

 

Previous post

Bila Kereta Klasik Dilupakan

Next post

Vespa Notte Edition Dilancarkan - Harga dari RM17,700

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *