Berita Auto

Pusat 3S Volkswagen Kota Bumi Dilancarkan di Sabah

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) dan Kota Bumi Sdn Bhd hari ini melancarkan pusat 3S Volkswagen Kota Bumi, satu-satunya pengedar sah Volkswagen di negeri Sabah.

Banner.BHP.Infiniti.Thematic.Web.GG.BM

Pusat itu terletak di Inanam, salah sebuah hub automotif di kawasan tersebut dengan matlamat untuk memudahkan pemilik kenderaan Volkswagen di sekitar Inanam, Menggatal, Lintas, Kolombong, Kota Kinabalu, Tuaran dan Sepanggar.

Selain perkhidmatan jualan dan selepas jualan, Volkswagen Kota Bumi turut menyediakan perkhidmatan diagnosis, pembaikan dan penyelenggaraan.

This new 3S centre has 4 service bays

Terdiri daripada tiga tingkat, bilik pamerannya mampu memuatkan sehingga dua buah kenderaan pada satu-satu masa, manakala kawasan selepas jualan mempunyai empat ruang servis yang dikendalikan oleh tiga orang kakitangan berpengalaman dengan kapasiti menyelenggara sehingga 16 buah kereta sehari.

Perkhidmatan lain yang ditawarkan termasuklah insurans, tukar beli kenderaan, memperbaharui cukai jalan, pembaikan enjin dan bantuan tepi jalan 24 jam.

Photo 2

Bagi memberi perkhidmatan tambahan, pusat situ juga menyediakan perkhidmatan mengambil dan menghantar (bergantung kepada permintaan) serta membasuh kereta secara percuma.

Pusat 3S Volkswagen Kota Bumi beroperasi dari Isnin hingga Sabtu dari jam 8:30am hingga 5:30pm. Ia ditutup pada Ahad.

Previous post

Porsche 718 Cayman SportDesign Dilancarkan Untuk Pasaran Malaysia

Next post

Auto Bavaria Ada Stok BMW Kegemaran Anda ....... Tawaran Hebat Sekarang!

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *