Cerita Auto

Pusat 3S Mitsubishi Dibuka di Cheras

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) dan Evatrend hari ini merasmikan pembukaan pusat 3S (jualan, servis dan alat ganti) Mitsubishi baharu yang terletak di Cheras, Kuala Lumpur.

Banner.BHP.Infiniti.Thematic.Web.GG.BM

Pusat ini beralamat di No. 70, Jalan Midah 1, Taman Midah, 56000 Cheras dan dibangunkan dengan pelaburan bernilai RM800,000.

Berkeluasan 4,908 kaki persegi, pusat ini menempatkan sebuah bengkel yang lengkap dengan ruang penyimpanan alat ganti untuk kenderaan Mitsubishi. Ia juga menampilkan identiti korporat terbaru, selain mempunyai alat diagnostik dan kelengkapan Special Set Tools (SST) yang canggih.

Majlis perasmian pusat 3S ini turut diserikan dengan kehadiran Trition baharu yang diimport sebagai unit CBU dari Thailand. Klik pautan untuk membaca laporan pelancaran Triton yang diadakan baru-baru ini.

Dengan pelancaran pusat 3S Evatrend ini, MMM kini mempunyai 53 bilik pameran (47 daripadanya adalah pusat 3S) dan 52 pusat servis di seluruh negara. Di Malaysia Timur, MMM diwakili oleh 14 bilik pameran (lapan di Sabah dan selebihnya di Sarawak).

Previous post

Peugeot Hasilkan 508 Hibrid Berprestasi Tinggi

Next post

Audi SQ5 TDI Baharu Muncul Dengan 700 Nm!

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *