Berita Auto

Porsche 718 Cayman SportDesign Dilancarkan Untuk Pasaran Malaysia

Sime Darby Auto Performance (SDAP) secara rasminya memperkenalkan Porsche 718 Cayman SportDesign Series baharu. Ia terhad kepada 15 unit sahaja, dengan lima unit disediakan bagi setiap pilihan warna yang ditawarkan iaitu Racing Yellow, Guards Red dan Carrera White Metallic.

Banner.BHP.Infiniti.Thematic.Web.GG.BM

Cayman SportDesign lebih menyerlah daripada model 718 biasa terima kasih kepada jalur gentian karbon, rekaan bampar hadapan unik lengkap dengan spoiler serta apron pada bahagian belakang.

Porsche 718 Cayman SportDesign-6

Selain itu, pemegang pintu dan muncung ekzos yang berwarna hitam memberikan model ini penampilan yang lebih garang. Model ini didatangkan standard dengan lampu LED Porsche Dynamic Light System Plus dan rim aloi 2o inci yang boleh didapati dalam rekaan Carrera S atau Carrera Sport Wheel.

Porsche 718 Cayman SportDesign-8

Bahagian dalaman pula menampilkan upholsteri kulit berwarna hitam berserta kemasan karbon, tempat duduk boleh laras 14 cara dengan fungsi memori bagi pemandu dan penumpang hadapan, serta sistem audio Bose dengan 10 pembesar suara.

Porsche 718 Cayman SportDesign-9

Bagi aspek prestasi, ia mengekalkan enjin turbo 2.0-liter empat silinder yang menghasilkan 300 hp dan 380 Nm, dan transmisi PDK tujuh kelajuan. Turut disertakan secara standard adalah Porsche Active Suspension Management (PASM) yang menurunkan ketinggian kenderaan sebanyak 10 mm.

Porsche 718 Cayman SportDesign-7

Dijual pada harga RM625,000 (tidak termasuk pendaftaran, cukai jalan dan insurans), 718 Cayman SportDesign didatangkan dengan jaminan selama empat tahun dan pakej servis percuma untuk pengalaman pemilikan yang menenangkan minda.

Porsche 718 Cayman SportDesign Launch

Porsche 718 Cayman SportDesign-4

Porsche 718 Cayman SportDesign-5

Porsche 718 Cayman SportDesign-2

Porsche 718 Cayman SportDesign-1

 

Previous post

Sultan Johor Terima Proton X70 Baharu

Next post

Pusat 3S Volkswagen Kota Bumi Dilancarkan di Sabah

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *