Bisnes

Perodua Daftar 1,025 Aruz Dalam Sehari

Perodua telah menjual lebih 20,100 kenderaan pada bulan pertama tahun ini, termasuk 1,025 unit Aruz yang telah didaftarkan pada hari terakhir bulan Januari lalu.

BHP Infiniti Thematic_Web Banner_Gohed Gostan_BM_650x85_FA

“Walaupun berlaku sedikit kelewatan dalam proses pendaftaran Aruz, kami berjaya memaksimumkan penyerahan Aruz dalam jangkamasa yang singkat demi memanfaatkan cuti perayaan Tahun Baharu Cina,” kata Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd, Dato’ Dr. Zahari Husin.

“Masih lagi menunggu jumlah rasmi daripada MAA, kami menganggarkan bahagian pasaran Perodua adalah sebanyak 41.7% pada Januari 2019 dan pertumbuhan sebanyak 9.2% daripada 18,400 unit kenderaan Perodua yang dijual pada Disember 2018,” katanya.

Perodua telah menjual 20,100 unit atau 13.6% lebih pada Januari tahun ini berbanding 17,700 unit pada tempoh yang sama tahun lepas.

Perodua Aruz

“Walaupun Aruz telah mendapat respon yang baik dengan tempahan sebanyak 8,000 unit setakat ini, model-model kami yang lain juga turut diterima baik dengan lebih daripada 19,000 unit telah didaftarkan pada Januari,” kata Dato’ Dr. Zahari.

“Permintaan yang tinggi untuk Aruz telah meningkatkan tempoh menunggu terutamanya bagi varian AV. Kami akan berusaha melakukan yang terbaik untuk mengurangkan tempoh menunggu tersebut,” kata Dato’ Dr. Zahari.

Beliau menambah bahawa pada masa ini, komposisi pesanan bagi Aruz adalah 85% untuk varian Advance (harga pada RM77,900 tanpa insuran) dan baki 15% adalah untuk varian X (harga pada RM72,900 tanpa insuran).

Perodua Myvi 1.5 AV Grey

“Mengenai spekulasi peningkatan harga bagi Perodua Aruz, saya ingin menjelaskan bahawa kami akan mengekalkan harga Aruz (tanpa insuran) yang bernilai RM72,900 untuk varian X dan RM77,900 untuk varian Advance,” tambah beliau.

Bagi permintaan model-modelnya yang lain, Dato’ Dr. Zahari berkata jualan amat memberangsangkan di mana Myvi yang masih mengungguli jualan dengan lebih 8,400 unit dijual pada bulan Januari.

Model-model lain juga turut mengungguli segmen masing-masing dengan Axia, Bezza dan Alza dijual lebih 5,500 unit, 3,400 unit dan 1,600 unit pada bulan Januari.

Previous post

Perodua Sambut Tahun Baru Cina Dengan Pesakit Kanak-kanak Hospital Selayang

Next post

Mahukah Anda Beli Lori Alfa Romeo Ini?

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *