Cerita Auto

Mercedes-Benz SL Grand Edition Tanda Perpisahan

Berada di pasaran sejak 2013, Mercedes-Benz SL Class generasi keenam bakal digantikan dengan model baharu dalam tempoh dua tahun lagi. Namun sebelum itu berlaku, Mercedes-Benz telah memperkenalkan model edisi istimewa SL Grand Edition sebagai tanda perpisahan.

Banner.BHP.Infiniti.Thematic.Web.GG.BM

Boleh didapati dalam varian SL 400 dan SL 500, model Grand Edition tampil lebih eksklusif berbanding model biasa dengan warna luaran Graphite Grey yang dipadankan dengan kemasan krom dan perak matte pada bampar hadapan.

mercedes-benz-sl-grand-edition-gohedgostan-04

Ia juga mendapat rim AMG 10-batang bersaiz 19 inci di hadapan dan 20 inci di belakang, serta lencana Grand Edition yang terletak pada bahagian dapra hadapan.

mercedes-benz-sl-grand-edition-gohedgostan-03

Ruang kabin dihiasi dengan kemasan kulit designo dalam warna Tundra Brown Pearl, jalur Golden Olive Pearl dan sulaman logo Grand Edition pada perehat kepala. Turut disertakan adalah stereng sport yang dikemaskan dengan gabungan kulit Tundra Brown Pearl dan kulit Nappa.

mercedes-benz-sl-grand-edition-gohedgostan-05

SL Grand Edition tidak didatangkan dengan sebarang penambahbaikan mekanikal kecuali sistem suspensi sport yang lebih rendah sebanyak 10 mm. SL 400 dikuasakan oleh enjin biturbo 3.0-liter V6 yang menghasilkan 367 PS dan 500 Nm, manakala SL 500 mempunyai enjin biturbo 4.7-liter V8 dengan 455 PS dan 700 Nm.

mercedes-benz-sl-grand-edition-gohedgostan-02

Previous post

Apa Jadi Dengan Bateri EV Lama? Nissan Cari Kegunaan Untuknya

Next post

Volkswagen T2 Ini Dibina Dengan 400,000 Kepingan Lego

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *