Cerita Auto

Mazda MX-5 Sambut Ulang Tahun ke-30

Tahun 2019 menandakan ulang tahun ke-30 buat Mazda MX-5 (juga dikenali sebagai Miata) dan bagi meraikannya, pengeluar kenderaan dari Jepun itu telah memperkenalkan MX-5 edisi istimewa di acara Chicago Auto Show 2019.

BHP Infiniti Thematic_Web Banner_Gohed Gostan_BM_650x85_FA

Seperti kebanyakan model edisi ulang tahun yang lain, MX-5 ini ditawarkan dalam bilangan yang terhad iaitu 3,000 unit untuk pasaran global. 500 daripadanya diperuntukkan untuk pasaran Amerika Syarikat dan percaya atau tidak, kesemuanya telah habis terjual dalam masa empat jam sahaja.

Mazda MX-5 30th Anniversary gohedgostan 03

Boleh didapati dalam versi standard (soft top) atau versi RF (hard top), model ini tampil berbeza dengan warna Racing Orange yang dipadankan dengan rim aluminium Rays ZE40 RS30 berwarna hitam. Turut disertakan adalah lencana ’30th Anniversary’ lengkap dengan nombor siri pengeluaran.

Mazda MX-5 30th Anniversary gohedgostan 04

Bahagian dalaman tidak kurang istimewanya, dengan tempat duduk sport keluaran Recaro dan perincian berwarna jingga pada tempat duduk, tuil gear dan papan pemuka.

Mazda MX-5 30th Anniversary gohedgostan 05

Apa yang menarik, jentera ini turut menerima peningkatan mekanikal dalam bentuk peredam Bilstein (untuk varian manual sahaja) serta angkup brek Brembo untuk tayar hadapan. Tiada penambahbaikan bagi enjin, bermakna model ini masih mempunyai 181 hp yang dibekalkan oleh enjin 2.0-liter empat silinder.

Mazda MX-5 30th Anniversary gohedgostan 02

MX-5 edisi ulang tahun ke-30 ini dijual pada harga bermula dari $35,915 (RM146,263) bagi versi soft top dan $38,515 (RM156,825) bagi versi RF.

 

Previous post

Kia Picanto GT-Line Dilancarkan - RM57,888

Next post

Walaupun Enjin MPV Itu Besar Ianya Bukan Untuk Dipandu Laju

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>