Berita Auto

Mazda Bakal Tayang SUV Kompak Baharu di Geneva Motor Show

Geneva Motor Show 2019 akan berlangsung dalam masa sebulan sahaja lagi dan seperti tahun-tahun sebelumnya, acara itu akan menyaksikan kemunculan pelbagai model baharu mahupun facelift dari pengeluar-pengeluar terkemuka dunia.

BHP Infiniti Thematic_Web Banner_Gohed Gostan_BM_650x85_FA

Salah satu model tersebut adalah sebuah SUV kompak Mazda. Identitinya masih belum diketahui, namun ia merupakan model generasi baharu kedua selepas Mazda3 yang diperkenalkan pada akhir tahun lalu.

Melihat kepada imej teaser yang didedahkan, boleh jadi model baharu ini adalah CX-3 atau CX-4. Menurut Mazda, model tersebut menampilkan bahasa reka bentuk Kodo yang lebih matang serta teknologi Skyactiv terkini, termasuk teknologi SPCCI (Spark Plug Controlled Compression Ignition) yang mempunyai kaedah pembakaran yang unik yang menggabungkan prestasienjin petrol dengan tindak balas unggul enjin diesel.

Previous post

Adakan Nissan Pathfinder Ini Akan Popular Jika Ianya Berenjin Diesel?

Next post

Hyundai Tucson N Akan Tiba Dengan 340 HP?

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *