Hibrid, Elektrik, Hidrogen

Jarak Pemanduan Kenderaan Elektrik Dijelaskan Dalam Video Ke-2 Siri Pendidikan EV Nissan

Untuk mendidik pengguna tentang sejauh mana kenderaan elektrik moden (EV) boleh bergerak, Nissan telah melancarkan video kedua dalam siri pendidikan EV digital mereka. Video kali ini memfokuskan kepada aspek jarak pemanduan EV yang menjadi halangan besar kepada pelanggan di Asia Tenggara.

Banner.BHP.Infiniti.Thematic.Web.GG.BM

Dengan kemajuan teknologi masa kini, jarak operasi median EV telah meningkat sebanyak 56 peratus dari 2011 hingga 2017. Bagaimanapun, kajian selidik Nissan pada tahun lalu mendapati bahawa 80 peratus daripada responden masih berasa bimbang jika EV kehabisan tenaga.

03 EV Education Video_Video 2-Range

“Oleh kerana kebanyakan pemandu di Asia Tenggara memandu kurang dari 80 km sehari, jarak pemanduan ini boleh dicapai beberapa kali dengan hanya satu pengecasan bagi kebanyakan EV hari ini,” kata Vincent Wijnen, naib presiden kanan Nissan Asia & Oceania.

Tambah beliau lagi, Nissan LEAF baharu dengan bateri 40kWh boleh dipandu sehingga 270 km mengikut kitaran Worldwide Harmonized Light Vehicles Test Procedure (WLTP).

 

Previous post

BMW Malaysia Lancar Solusi Pembiayaan 'Easy Drive'

Next post

Toyota Corolla 2019 Diperkenalkan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *