Berita Auto

Honda Akan Tutup Kilang di Swindon, UK

Honda mengesahkan bahawa ia akan menutup kilang pemasangannya di Swindon, United Kingdom pada tahun 2021. Langkah ini diambil sebagai sebahagian daripada penyusunan semula rangkaian pengeluaran global Honda.

Banner.BHP.Infiniti.Thematic.Web.GG.BM

Syarikat itu turut menyatakan hasrat menumpukan komitmen terhadap kereta elektrik sebagai respon kepada perubahan pantas dalam industri automatif global. Ia juga akan memfokuskan aktiviti perkilangannya di rantau-rantau di mana ia mejangkakan tahap pengeluaran yang tinggi.

Keputusan Honda untuk menutup kilang pemasangan Civic dan Civic Type R ini bermakna kira-kira 3,500 pekerja akan kehilangan pekerjaan dalam masa tiga tahun. Aktiviti perundingan telah dimulakan dengan kakitangan yang mungkin terjejas akibat langkah ini.

Honda-Civic_EU-Version-2017-1280-0b

Langkah penstrukturan Honda juga akan melibatkan operasinya di Turki, di mana kira-kira 38,000 unit kenderaan dikeluarkan setiap tahun. Syarikat itu akan menghentikan pengeluaran model Civic sedan pada 2021, namun akan meneruskan operasi perniagaannya di negara itu. Ia juga sedang dalam perbincangan dengan pihak berkepentingan di Turki pada masa ini.

Walaubagaimanapun, ibu pejabat Honda Eropah yang terletak di Bracknell akan terus beroperasi.

 

Previous post

Toyota Supra dan Yaris Bakal Masuk Malaysia Tahun Ini

Next post

Kecoh Gambar Civic Type R Dengan Pelekat Polis

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *