Berita Auto

Honda Jazz Mugen dan BR-V Special Edition Dilancarkan

Berita baik untuk peminat Honda! Bermula hari ini Honda Malaysia menawarkan dua model edisi istimewa iaitu Jazz Mugen dan BR-V Special Edition, masing-masing terhad kepada 300 unit sahaja.

Banner.BHP.Infiniti.Thematic.Web.GG.BM

Jazz Mugen

02 The additional features have heightened the sporty look of the Jazz and while maintaining its practicality

Seperti namanya, Jazz edisi terhad ini didatangkan dengan kit badan Mugen yang merangkumi aero bampar hadapan lengkap dengan lampu kabus LED, jeriji sport dan hiasan tailgate. Turut disertakan adalah under spoiler sisi dan belakang serta spoiler tailgate yang ada pada model ini.

Jazz Mugen boleh dimiliki pada harga RM88,600 untuk warna Modern Steel Metallic dan RM88,720 untuk White Orchid Pearl.

BR-V Special Edition

03 The BR-V is now sportier and sleeker with the new additions to its exterior

Sementara itu, BR-V Special Edition tampil lebih ‘rugged’ dengan kelengkapan tambahan seperti spoiler tailgate, pemijak sisi (running board) dan hiasan pemijak sisi. Crossover tujuh tempat duduk ini turut mendapat sistem infotainmen dengan skrin 6.8 inci berserta fungsi ketersambungan telefon pintar.

Ia dijual pada harga RM90,700 untuk warna Passion Red Pearl dan RM91,000 untuk White Orchid Pearl. Passion Red Pearl adalah warna terbaru bagi barisan BR-V, menggantikan Dark Ruby Red Pearl yang ditawarkan sebelum ini.

Previous post

Volkswagen T2 Ini Dibina Dengan 400,000 Kepingan Lego

Next post

Bantuan Trade-In RM5000 Subaru Untuk SUV Forester

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *