Motosikal / Lain Lain Roda

Ducati Buka Pusat Latihan Canggih di Rayong, Thailand

Ducati telah membuka pusat latihan baharu yang terletak di kilang jenama itu di Rayong, Thailand. Kemudahan canggih ini dibina dengan tujuan meningkatkan kecekapan kakitangan Ducati di rantau Asia Pasifik. Latihan jenama, pensijilan Ducati Riding Experience dan latihan teknikal akan dijalankan di pusat latihan tersebut.

Banner.BHP.Infiniti.Thematic.Web.GG.BM

Tahun lalu Ducati APAC telah memulakan Genius Program yang melibatkan kursus dan latihan yang mengesahkan pengetahuan dan kemahiran juruteknik Ducati. Selain itu, program itu juga melakar haluan kerjaya peserta berdasarkan tahap kepakaran berbeza dan sijil yang telah diperolehi.

Ducati APAC Training Center  Layout 1

Selain latihan teknikal dengan model sedia ada dan terdahulu, pusat latihan Ducati Asia Pasifik ini juga akan menjadi hos kepada latihan jenama bagi meningkatkan pengalaman pelanggan yang berkaitan dengan produk Ducati dan Ducati World. Ducati World adalah mengenai warisan perlumbaan, komuniti dalam talian dan luar talian, gaya hidup dan penghayatan jenama itu.

Ducati APAC Training Center  Layout 3

Dengan keistimewaan Board of Investment, pusat latihan Ducati Asia Pasifik berkeluasan lebih dari 200 meter persegi dan terima kasih kepada susun modular, ia boleh menganjurkan beberapa sesi latihan secara serentak.

Ducati APAC Training Center  Layout 4

Dilengkapi dengan teknologi ‘augmented reality’, enjin latihan dan bengkel latihan, pusat latihan ini akan menampung lebih 230  juruteknik dan 100 kakitangan pengedar pada tahun ini.

Ducati APAC Training Center  Layout 2

Operasi telah pun bermula, dengan kakitangan Ducati dari Thailand, India, China dan Korea dijangka menggunakan kemudahan ini dalam tempoh beberapa minggu akan datang.

Previous post

Berapa Kos Tukar Bateri Audi A6 Hybrid?

Next post

Bayar RM9.99 Sahaja Untuk Tempah Proton Iriz 2019

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *