Berita Auto

CUPRA Formentor Dipersembahkan Sebelum Geneva Motor Show

Dahulunya produk syarikat kereta SEAT yang merupakan sebahagian daripada Volkswagen Group, ini adalah tahun pertama operasi CUPRA dan ia telah membuktikan potensinya di pasaran, kerana jualan pada tahun 2018 meningkat sebanyak 40% berbanding tahun lepas, dengan 14,400 unit dijual.BHP Infiniti Thematic_Web Banner_Gohed Gostan_BM_650x85_FA

Selepas mengeluarkan model pertamanya, CUPRA Ateca, kini pelan jenama ialah untuk menggandakan jualan dalam tempoh 3 hingga 5 tahun akan datang akan menjadi kenyataan dengan crossover baharu ini, CUPRA Formentor.

Seat-Cupra_Formentor-Dua

Dengan reka bentuk luaran yang mempesonakan dan menarik perhatian, dalaman yang menyelubung pemandu dan penumpang serta mengintegrasikan teknologi terkini dan powertrain yang menyediakan prestasi yang teliti, CUPRA Formentor merupakan pintu masuk ke masa depan jenama berprestasi tinggi ini.Seat-Cupra_Formentor-Tujuh

Kuasa CUPRA Formentor adalah dari enjin hibrid plug-in berprestasi tinggi. Menggabungkan teknologi enjin petrol hibrid berkinerja tinggi maju dengan output kuasa tinggi, dengan ciri-ciri tork tinggi motor elektrik membolehkan CUPRA Formentor ini untuk mengatasi jangkaan prestasi pemandu.Seat-Cupra_Formentor-Tiga

Transmisinya pula ialah DSG dwi-klac, jumlah output 180kW / 245PS dihantar dengan lancar ke roda. Casis DCC pintar dan differential lock bermakna bahawa kenderaan itu akan beroperasi dalam keadaan terbaik walaupun apa saja gaya pemanduannya  Seat-Cupra_Formentor-Enam

 

 

 

 

 

Previous post

Audi SQ5 TDI Baharu Muncul Dengan 700 Nm!

Next post

Gambar Peugeot 208 Bocor Sebelum Acara Pengenalannya Di Geneva

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *