Bisnes

BMW Malaysia Lancar Solusi Pembiayaan ‘Easy Drive’

BMW Group Financial Services Malaysia telah memperkenalkan Easy Drive, sebuah solusi pembiayaan yang fleksibel yang memberikan pengguna kebebasan untuk mendefinisikan rangka pembiayaan mereka.

Banner.BHP.Infiniti.Thematic.Web.GG.BM

Sebagai permulaan, pengguna boleh memilih untuk membuat bayaran pendahuluan sebanyak 10% hingga 30%, selain memilih tempoh pinjaman yang berdurasi tiga atau empat tahun, serta opsyen perbatuan sebanyak 20,000 km atau 25,000 km setiap tahun.

Berdasarkan pilihan yang dibuat, ansuran bulanan akan dikira, dan Nilai Masa Hadapan yang Terjamin (Guaranteed Future Value) bagi kenderaan berkenaan akan dipersetujui dan disahkan untuk melindungi pengguna daripada elemen susut nilai yang tidak dijangka. Nilai Masa Hadapan yang Terjamin juga berfungsi sebagai nilai bagi pembayaran akhir.

Pada akhir tempoh pinjaman, pelanggan diberi pelbagai pilihan untuk samada:

  • Menukar beli kenderaan berkenaan, dan menaiktaraf kepada model BMW atau MINI pilihan mereka;
  • Pulangkan kereta berkenaan pada akhir tempoh pinjaman tanpa sebarang kewajipan, dan pengguna tidak perlu risau tentang proses penjualan semula;
  • Langsaikan bayaran terakhir yang boleh dibayar secara penuh, dan pengguna boleh memiliki kenderaan berkenaan; atau
  • Lanjutkan terma kontrak untuk menikmati kenderaan berkenaan bagi tempoh yang lebih lama.

8. The BMW Ultimate Protection Programme Elite

Dengan tambahan RM 110 kepada ansuran bulanan yang asal, pelanggan boleh memilih untuk menikmati nilai tambah dengan Easy Drive Prime. Pengguna boleh menikmati khidmat penjagaan luaran dan dalaman kereta; program perlindungan yang Ultimate Protection Programme Elite selama tiga tahun; pakej Mobiliti Premium yang menawarkan pelanggan peranti Smart Tag dan kad Touch ‘n Go; serta BMW Lifestyle Collection.

Ultimate Protection Programme Elite ditaja jamin oleh Allianz General Insurance Company. Ia merupakan pelan pertama yang menawarkan liputan seperti ini, merangkumi perlindungan bagi pemandu dan kenderaan mereka untuk pelepasan khas, kerosakan dalam bentuk kesan calar serta kemik, pelindung banjir dan banyak lagi.

Previous post

Kereta McLaren Sekarang Dijual Secara Rasmi Di Malaysia

Next post

Jarak Pemanduan Kenderaan Elektrik Dijelaskan Dalam Video Ke-2 Siri Pendidikan EV Nissan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *