Motosikal / Lain Lain Roda

Yamaha YZF-R25 Baharu Diperkenalkan, Harga Akan Diumumkan Mac Ini

Selain melancarkan Tracer 900 GT, Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) turut membuat kejutan dengan memperkenalkan YZF-R25 versi baharu di majlis makan malam sambutan Tahun Baru Cina syarikat itu di Genting Highland.

BHP-Infiniti-Thematic_Web-Banner_DSF_ENG_650x85_FA

Model ini telah dilancarkan terlebih dahulu di Indonesia pada bulan Oktober tahun lalu. Bagi pasaran Malaysia, harganya hanya akan diketahui pada bulan Mac ini.

IMG_3994

Dari segi penampilan, R25 kini kelihatan lebih bertenaga dan agresif dengan reka bentuk yang diinspirasikan oleh YZF-R1. Ia juga mendapat ciri-ciri moden iaitu lampu LED depan dan belakang, selain lampu kecemasan bagi meningkatkan aspek keselamatan.

IMG_3996

Selain itu, pembaharuan turut didatangkan dalam bentuk fork terbalik (USD) di depan dan monoshock dengan preload boleh laras di belakang. Turut disertakan adalah panel instrumen LCD dengan lampu isyarat menukar gear.

IMG_4002

R25 kekal dikuasakan oleh enjin 249 cc silinder berkembar selari dengan kuasa mencecah 35.5 hp pada 12,000 rpm dan 22.6 Nm pada 10,000 rpm. Ia boleh didapati dalam dua warna iaitu biru metalik dan merah matte.

IMG_3983

IMG_3986

IMG_4000

IMG_3992

IMG_3998

IMG_3963

Previous post

Kalau Tak Mampu Rolls Royce Ghost ... Beli AURUS Senat Ini

Next post

Bugatti Divo Dijual Secara Peribadi Dengan Harga 7,913,500 Euro

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *