Motosikal / Lain Lain Roda

Yamaha Tracer 900 GT Masuk Pasaran Malaysia

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) telah memperkenalkan satu lagi model berkapasiti tinggi dalam barisan mereka iaitu Tracer 900 GT. Jika dibandingkan dengan model Tracer 900, model ini didatangkan dengan pelbagai kelengkapan tambahan yang menjadikannya jentera ‘Gran Turismo’ sebenar.

BHP-Infiniti-Thematic_Web-Banner_DSF_ENG_650x85_FA

Antara kelengkapan yang dimaksudkan adalah penghadang angin boleh laras, pemanas bar hendal dan paparan instrumen TFT . Model ini juga dilengkapi dengan suspensi depan dan belakang boleh laras, manakala dari segi elektronik, ia mendapat Quickshifter dan sistem Cruise Control.

IMG_3923

Tracer 900 GT menggunakan enjin yang sama dengan model asas iaitu enjin tiga silinder 847 cc yang menjana 115 PS pada 10,000 rpm dan 87.5 Nm pada 8,500 rpm. Transmisi enam kelajuan ditugaskan untuk menyalurkan kuasa ke roda belakang.

IMG_3927

Ditawarkan dalam warna kelabu dan biru matte, Tracer 900 GT boleh didapati di semua pengedar sah Yamaha bermula Februari ini dengan harga RM58,888 (termasuk SST, tanpa cukai jalan dan insurans).

IMG_3915

IMG_3930

IMG_3917

IMG_3937

IMG_3939

IMG_3945

IMG_3916

 

Previous post

Kia ProCeed, Shooting Brake Yang Kita Tidak Akan Dapat

Next post

Drebar Proton X70 Ini Tidak Dapat Hadir Meeting Hari Ini

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *