Hibrid, Elektrik, Hidrogen

Volkswagen Perkenal ‘Power Bank’ Untuk Kenderaan Elektrik

Suka atau tidak, bilangan pengeluar yang menawarkan kenderaan elektrik kini semakin bertambah namun bilangan stesen pengecasan awam masih lagi terhad, terutamanya di kawasan luar bandar. Ini menyebabkan ramai pengguna enggan beralih kepada teknologi ini, walaupun ia terbukti dapat mengurangkan pencemaran udara secara signifikan.

Menyedari hal ini, Volkswagen telah memperkenalkan stesen pengecasan cepat mudah alih yang pada asasnya merupakan power bank bagi kenderaan elektrik. Ia mempunyai kapasiti pengecasan sehingga 360 kWh, cukup untuk menguasakan sehingga 15 buah kenderaan elektrik. Terima kasih kepada teknologi pengecasan cepat, proses pengecasan di stesen ini hanya mengambil masa kira-kira 17 minit.

BHP-Infiniti-Thematic_Web-Banner_DSF_ENG_650x85_FA

Jika kandungan tenaga berada pada tahap kurang 20%, bateri stesen pengecasan ini akan digantikan dengan yang baharu, namun jika stesen ini dipasang secara tetap pada bekalan kuasa 30 kW, bateri tersebut akan dicas semula secara automatik. Apa yang menarik, stesen ini juga boleh dicas menggunakan sumber semula jadi seperti solar dan angin.

Stesen ini boleh ditempatkan secara strategik dan lokasinya boleh dicari menerusi Internet atau aplikasi telefon pintar. Ia boleh menampung sehingga empat buah kenderaan elektrik (termasuk motosikal) pada satu-satu masa.

Stesen yang pertama akan dipasang di Wolfsburg pada suku pertama tahun ini, diikuti dengan bandar-bandar lain pada tahun 2020.

Previous post

5 Sebab Mengapa Kaki Motor Suka Dalaman Kereta Lama

Next post

Sedan Baharu Geely Bin Rui Laku Di China

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *