Berita Auto

Tayang Koleksi Model Skala Anda Dengan Treler Actros GigaSpace Ini

Semua pengumpul model skala tahu bahawa mempunyai koleksi yang besar sahaja tidak cukup. Anda juga harus mempunyai ruang khas seperti almari kaca di mana hasil pengumpulan tersebut boleh dipamerkan secara kreatif.

Banner.BHP.Infiniti.Thematic.Web.GG.BM

Tetapi jika anda sudah bosan dengan almari atau rak dari Ikea, Mercedes-Benz buat pertama kalinya menawarkan model diecast treler pengangkut kenderaan Actros GigaSpace berskala 1:18 yang boleh digunakan untuk mempamerkan sehingga enam buah model skala pada satu-satu masa.

Mercedes-Benz Actros GigaSpace 05

Berukuran panjang 113 cm dengan berat mencecah 10 kg (sama berat dengan sekampit beras!), model ini direka dengan kerjasama NZG dan mengandungi lebih 500 komponen yang diperbuat daripada besi, plastik dan zink. Ia mengambil masa selama 10 bulan untuk disiapkan.

Mercedes-Benz Actros GigaSpace 02

Saiznya yang besar membolehkan Mercedes-Benz memberikan treler ini perincian yang mengagumkan. Sebagai contoh, bahagian kepalanya boleh diturunkan bagi mendedahkan ruang enjin, manakala pintu boleh dibuka bagi memberi akses kepada ruang dalaman yang direka secara dengan begitu terperinci.

Mercedes-Benz Actros GigaSpace 04

Pelanggan boleh mendapatkan model skala Actros yang lengkap pada harga 629.90 Euro (RM2,597). Sementara itu, Actros Edition 1 (kepala sahaja) yang didatangkan dalam warna perak dijual pada harga 259.90 Euro (RM1,220), manakala trelernya boleh didapati secara berasingan pada harga 399.90 Euro (RM1,877).

Mercedes-Benz Actros GigaSpace 03

Bagi memenuhkan bahagian belakang treler anda, Mercedes-Benz turut menawarkan beberapa model skala 1:18 seperti GLE, A-Class, CLS, X-Class, V-Class, GT 63 4Matic+ 4-Door Coupe dan E 63 S 4Matic+.

Previous post

Mitsubishi Triton 2019 Dilancarkan Secara Rasmi

Next post

Auto Bavaria Memenangi Anugerah Jualan Serantau BMW 7-Series

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *