Konsep / Lakaran / Intipan

SUV Genesis Disahkan Akan Datang Tahun Ini

Bahagian mewah Hyundai, Genesis, telah mengesahkan kedatangan GV80, jenama kenderaan utiliti sukan pertama pada akhir 2019. Genesis telah melancarkan tiga sedan mewah dengan berjaya jadi jenama kereta Korea Selatan ini ingin berkembang ke pasaran crossover dengan sekurang-kurangnya dua kenderaan.

Genesis akan memasuki segmen SUV dengan kenderaan bersaiz penuh terus berbanding versi yang lebih kecil kerana mereka melihat kepada peningkatan permintaan di Amerika Utara. Genesis GV80 akan bersaing dengan Mercedes-Benz GLS dan BMW X7 yang akan datang.

Genesis akan berkongsi banyak bahagian-bahagian sebanyak mungkin di antara model-model mereka, termasuk drivetrains. GV80 akan menggunakan pelbagai unit 4 silinder, V-6, dan V-8, tetapi GV80 mungkin akan berkongsi enjin dengan rakan-rakan sedannya.

Sedan G80 yang lebih besar (digambarkan di bawah) bermula dengan 3.8-liter V-6 yang menggunakan sistem pengambilan tiga tahap, corak penyuntik bahan segi tiga, manifold exhaust air-gap, dan pam minyak dua peringkat. Enjin ini mengeluarkan 311 kuasa kuda padu pada 6,000 rpm dan 293 kilogram tork pada 5,000 rpm yang akan bersaing dengan kereta Jerman.

 

Previous post

Toyota Kekal Dengan Kenderaan Hibrid Dan Bukan Elektrik

Next post

Muzium Ferrari Merayakan Ulang Tahun Ke-50 Schumacher

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *