Berita Auto

Subaru WRX STI S209 – Impian Peminat di Amerika Akhirnya Termakbul

Subaru WRX STI S209 telah diperkenalkan secara rasmi di acara Detroit Auto Show 2019 yang kini sedang berlangsung. Apa yang menarik, ia merupakan model S-Line pertama yang akan dibawa masuk ke pasaran Amerika Syarikat, walaupun dalam jumlah yang terhad iaitu 200 unit sahaja.

BHP-Infiniti-Thematic_Web-Banner_DSF_ENG_650x85_FA

S209 dibangunkan dengan inspirasi daripada kereta lumba WRX STI Nürburgring Challenge dan seperti jentera itu, ia memakai kit badan lebar yang menjadikan ia 1.7 inci lebih lebar berbanding WRX STI biasa. Ia juga didatangkan dengan bumbung dan spoiler gentian karbon serta rim BBS bersaiz 19 inci yang dibalut tayar Dunlop GT600A.

2019-subaru-impreza-wrx-sti-s209-3

Bahagian kabin tidak banyak berubah selain kehadiran tempat duduk bucket Recaro, kemasan Ultrasuede pada stereng, serta lambang ‘S209’ pada papan pemuka, konsol tengah dan perehat kepala.

2019-subaru-impreza-wrx-sti-s209-4

Nadi bagi S209 merupakan enjin boxer EJ25 2.5-liter yang telah menerima pelbagai peningkatan termasuk pengecas turbo HKS, omboh tempaan, rod penyambung serta boost yang lebih tinggi (dari 16.2 psi pada WRX STI kepada 18.0 psi). Hasilnya, enjin empat silinder itu menghamburkan kira-kira 341 hp.

2019-subaru-impreza-wrx-sti-s209-5

S209 hanya boleh didapati dengan transmisi manual enam kelajuan yang ditugaskan untuk menghantar kuasa ke keempat-empat roda menerusi sistem Symmetrical All-Wheel Drive, Driver Controlled Center Differential (DCCD), Active Torque Vectoring dan Multi-Mode Vehicle Dynamics Control.

2019-subaru-impreza-wrx-sti-s209-6

Selain itu, sistem SI-Drive yang ditala semula menawarkan tiga mod pemanduan iaitu Intelligent (I) untuk pemanduan berekonomi, Sport (S) untuk keseimbangan kuasa dan kawalan, serta Sport Sharp (S#) untuk mendapatkan masa pecutan yang terbaik.

2019-subaru-impreza-wrx-sti-s209-2

Bagi aspek suspensi, model ini peredam Bilstein, gegelung lebih keras, bar pengimbang 20 mm serta bushing pillow-type pada bahagian hadapan dan belakang. Kuasa membrek pula dibekalkan oleh Brembo menerusi cakera cross-drilled yang dipadankan dengan angkup enam omboh di hadapan dan angkup empat omboh di belakang.

Previous post

Perodua Aruz Dilancar Untuk Pasaran Tempatan

Next post

VW & Ford Bina Van & Pikap Trak Bersama

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *