Berita Auto

Porsche 718 Cayman GT4 Clubsport Untuk Kaki ‘Track Day’

Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa hanya segelintir pemilik Porsche yang betul-betul berminat untuk beraksi di litar lumba. Bagi golongan ini, Porsche kini menawarkan 718 Cayman GT4 Clubsport baharu sebagai pengganti kepada Cayman GT4 Clubsport yang diperkenalkan tiga tahun lalu.

BHP-Infiniti-Thematic_Web-Banner_DSF_ENG_650x85_FA

Buat pertama kalinya, jentera yang dibangunkan khas untuk litar ini ditawarkan dalam dua versi iaitu Trackday untuk pemandu amatur yang menyertai acara ‘track day’ sekadar untuk suka-suka, dan Competition bagi mereka yang ingin bertanding dalam pelbagai perlumbaan tempatan mahupun antarabangsa.

new-porsche-718-cayman-gt4-clubsport-2

Kedua-dua varian mempunyai ‘nadi’ yang sama iaitu enjin 3.8-liter enam silinder yang menjana 420 hp dan 425 Nm, mewakili peningkatan sebanyak 40 hp berbanding model sebelum ini. Enjin tersebut dipadankan dengan transmisi klac berkembar enam kelajuan dan ‘differential’ mekanikal pada gandar belakang.

new-porsche-718-cayman-gt4-clubsport-4

Selain itu, 718 Cayman GT4 Clubsport didatangkan dengan suspensi hadapan yang dipinjam dari 911 GT3 Cup, cakera brek berukuran 380 mm, roll cage, tempat duduk bucket serta abah-abah enam poin. Ia juga kereta lumba pengeluaran pertama yang menampilkan panel badan yang diperbuat daripada bahan komposit serat semulajadi.

new-porsche-718-cayman-gt4-clubsport-3

Sebagai contoh, pintu dan spoiler diperbuat daripada campuran gentian hemp atau flax yang dikatakan mempunyai ciri-ciri yang serupa dengan gentian karbon dari segi berat dan ketegaran.

new-porsche-718-cayman-gt4-clubsport-5

Versi Trackday mempunyai sistem suspensi tetap, ciri-ciri bantuan pemandu seperti ABS, ESC dan Traction Control, pendingin hawa, pemadam api dan tangki minyak berkapasiti 80 liter. Apa yang menarik, jentera berharga 134,000 Euro (RM632,612) ini boleh diservis di mana-mana pusat servis Porsche.

new-porsche-718-cayman-gt4-clubsport-6

Sementara itu, versi Competition dilengkapi dengan penyerap hentak boleh laras, pemadam api automatik, stereng ‘quick release’ dari 911 GT3 R, sistem imbangan brek serta tangki minyak yang lebih besar iaitu 115 liter. Ia dijual pada harga 157,000 Euro (RM741,195).

Previous post

DSFGG Vidcast S01E03 Dengan BMW X2

Next post

Perodua Terangkan Maksud Nama 'Aruz'

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *