Cerita Auto

Para Pemenang Shell Rimula Ultimate Stopover 2018 Diraikan di Dubai

Para pemenang promosi Shell Rimula Ultimate Stopover 2018 dari Malaysia seramai 11 orang telah menikmati kunjungan selama 5 hari 4 malam ke Dubai yang tidak dapat mereka lupakan baru-baru ini.

BHP-Infiniti-Thematic_Web-Banner_DSF_ENG_650x85_FA

Mereka adalah sebahagian daripada 189 orang pelanggan Shell Rimula dari 19 buah negara yang diraikan atas sumbangan mereka menjadikan Shell Rimula sebagai jenama minyak enjin diesel tugas berat (HDDEO) yang paling laris jualannya di dunia. Mereka hanya perlu membeli produk Shell Rimula yang terpilih dan menyerahkan penyertaan mereka melalui dalam talian.

Atur cara eksklusif termasuklah makan malam di tepi pantai dengan pemandangan menakjubkan hotel yang kelima tertinggi di dunia, Burj al-Arab; lawatan ke tingkat 125 bangunan tertinggi di dunia, Burj Khalifa; pemanduan lasak di padang pasir dan penerangan terkini tentang inovasi enjin trak dan teknologi pelincir yang termaju di Pusat Astronomi Dubai.

????????????????????????????????????????????????

William Teo dari Sibu berkata, “Lawatan ini merupakan satu pengalaman yang menarik, terutamanya menyaksikan perkembangan teknologi diesel dan pelincir yang lain bagi aplikasi tugas berat. Kami diberikan pendekatan tentang ujian dunia sebenar bagi produk menerusi persekitaran, beban dan suhu yang ekstrem serta aktiviti sebenar yang lain.”

Seorang lagi pemenang dari Malaysia, Christy Bong yang berasal dari Kuala Lumpur, telah menyatakan kegembiraan beliau memenangi lawatan ke Dubai dan akan terus menyertai promosi Shell Rimula yang akan datang. “Saya tidak sangka menang walaupun Shell Rimula sentiasa menjadi jenama minyak enjin diesel tugas berat pilihan kami, terima kasih Shell!” beliau berkata.

Shell Rimula Ultimate Stopover, Dubai, UAE, 2018

Baljit Singh, Pengurus Besar Shell Lubricants bagi Malaysia dan Singapura berkata bahawa Shell Rimula Ultimate Stopover diadakan bagi meraikan komitmen untuk berusaha dengan gigih dan menawarkan peluang pengembaraan sekali seumur hidup yang hanya boleh diberikan oleh Shell Rimula.

“Destinasi Shell Rimula Ultimate Stopover yang seterusnya pada 2019 adalah Barcelona dan kami pasti para pelanggan akan berusaha untuk menjadi sebahagian daripada pengalaman yang unik ini. Tidak kira ke mana tujuan pelanggan, perjalanan yang bakal dilalui mungkin mencabar; pemanduan yang panjang dan jauh daripada keluarga selain risiko menjalankan perniagaan dalam persekitaran ekonomi yang semakin mencabar. Namun kita tahu bahawa dengan Shell Rimula, apa yang penting ialah kandungannya – segala impian dan cita-cita yang memberi semangat untuk terus bergerak,” beliau berkata.

?????????????????????????????????????????????????????????????????????????????

Previous post

KVP Sambut Baik Komitmen Perodua Tingkatkan Pembelian Komponen 20%

Next post

Lebih Teruja Dengan Mark X Berbanding Toyota Supra

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *