Bisnes

Mercedes-Benz Malaysia Pecah Rekod Jualan Tahun Kelima Berturut-turut

Mercedes-Benz Malaysia menutup tirai 2018 dengan cemerlang dengan jualan keseluruhan mencecah 13,079 unit, mewakili pertumbuhan sebanyak 9%. Syarikat itu juga berjaya mengekalkan kedudukannya sebagai jenama gaya hidup mewah No. 1 negara dengan perkongsian pasaran sebanyak 2.4%.

BHP-Infiniti-Thematic_Web-Banner_DSF_ENG_650x85_FA

Prestasi yang memberangsangkan ini dipacu oleh model limosin pemasangan tempatan (CKD) yang mencatat jualan sebanyak 7,910 unit, diikuti oleh model SUV seperti GLC 200 dan GLC 250 dengan jualan sebanyak 2,613 unit.

Model kompak turut mendapat sambutan dengan 1,875 unit terjual sepanjang tahun lalu. Sementara itu, barisan Dream Cars menunjukkan peningkatan sebanyak 77% dengan jualan mencecah 662 unit.

Mercedes-Benz E 300 Cabriolet

20 model baharu telah dilancarkan sepanjang tahun lalu dan ini termasuklah AMG C 43 dan GLC 43 versi CKD, AMG E 53 sedan dan coupe, koleksi Dream Cars, barisan S-Class baharu, A-Class serba baharu dan C-Class facelift.

Terdahulu, Daimler AG mengumumkan bahawa pada peringkat global Mercedes-Benz berjaya menjual 2.3 juta unit kenderaan pada tahun lalu dengan peningkatan sebanyak 0.9%, menjadikan tahun 2018 tahun yang paling berjaya dari segi jualan dalam sejarah syarikat itu. Asia-Pasifik dikenal pasti sebagai rantau dengan pertumbuhan paling kuat pada tahun lalu dengan jualan mencecah 943,473 unit.

Previous post

Kemalangan Pertama Proton X70. Apa sudah Jadi?

Next post

BMW Motorrad Malaysia Perkenal Program Baharu Bagi Waranti dan Bantuan Tepi Jalan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *