Berita Auto

Mercedes-Benz CLA Generasi Kedua Diperkenalkan

Seperti yang dijanjikan, Mercedes-Benz CLA-Class baharu telah diperkenalkan secara rasmi di Consumer Electronics Show (CES) di Las Vegas.

BHP-Infiniti-Thematic_Web-Banner_DSF_ENG_650x85_FA

Model coupe empat pintu ini dibina di atas platform yang sama dengan A-Class dan tampil lebih matang dengan rekaan yang tidak jauh berbeza dengan CLS. Walaupun mempunyai bentuk yang hampir sama, ciri aerodinamik pada model generasi kedua ini dikatakan lebih baik berbanding model terdahulu.

Mercedes-Benz CLA 02

CLA juga lebih besar dari sebelum ini dengan ukuran panjang 4,688 mm (naik 48 mm), lebar 1,830 mm (naik 53 mm) dan tinggi 1,439 mm (kurang 2 mm). Jarak roda turut meningkat sebanyak 30 mm kepada 2,729 mm.  Jarak antara roda kiri dan kanan (track) turut bertambah sebanyak 63 mm di hadapan dan 55 mm di belakang.

Mercedes-Benz CLA 04

Menjengah ke bahagian dalam, mungkin sukar untuk anda membezakan antara A-Class dan CLA kerana kedua-duanya mempunyai panel paparan besar di atas papan pemuka dan rekaan corong pendingin hawa seperti turbin.

Mercedes-Benz CLA 06

Selain itu, ia turut didatangkan dengan sistem multimedia Mercedes-Benz User Experience (MBUX) versi baharu. Sistem yang boleh diaktifkan menerusi arahan suara ‘Hey Mercedes’ ini kini mempunyai Interior Assistant yang membolehkan pemandu mengawal pelbagai fungsi dengan menggunakan pergerakan tangan.

Mercedes-Benz CLA 05

Turut disertakan adalah pelbagai ciri bantuan pemandu seperti Active Distance Assist, Active Steering Assist, Active Emergency Stop Assist, Active Brake Assist with Cross-Traffic Function, Active Speed Limit Assist, Active Blind Spot Assist dan Active Lane Keeping Assist.

Mercedes-Benz CLA 03

Buat masa ini, hanya varian CLA 250 diperkenalkan. Ia menampilkan enjin turbo 2.0-liter empat silinder yang mampu menghasilkan 221 hp pada 5,800 rpm dan 350 Nm pada 1,800 hingga 4,000 rpm. Dengan transmisi DCT tujuh kelajuan, kereta ini boleh mencapai kelajuan 209 km/j.

Previous post

Subaru Forester e-Boxer Semua Baharu Di Pratonton

Next post

Mini Berumur 60 Tahun Dan Tidak Nampak Sehari Lebih Tua Daripada 58 Tahun

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *