Berita Auto

McLaren 600LT Spider – Model ‘Long Tail’ ke-5

Setahun selepas 600LT Coupe dilancarkan, McLaren kini memperkenalkan pula 600LT Spider yang menawarkan pengalaman pemanduan dengan bumbung terbuka. Ia tergolong dalam barisan Super Series dan merupakan model kelima yang menggunakan nama ‘Long Tail’.

BHP-Infiniti-Thematic_Web-Banner_DSF_ENG_650x85_FA

Seperti yang dijangka, semua ciri-ciri yang ada pada Coupe kecuali bumbung dibawa ke model ini. 600LT Spider mempunyai bumbung hardtop yang boleh dibuka atau ditutup ketika kereta bergerak pada kelajuan sehingga 40 km/j.

mclaren-600lt-spider-5

Bagi membenarkan lebih banyak bunyi ekzos masuk ke dalam kabin, pemandu boleh menaikkan pemesong angin secara berasingan. Satu lagi perbezaan antara kedua-dua model ini adalah berat, di mana 600LT Spider naik 50 kg disebabkan penggunaan mekanisme bumbung.

mclaren-600lt-spider-2

Di belakang kabin, nadi twin-turbo bersesaran 3.8-liter V8 menjana 592 hp dan 620 Nm dan menyalurkan kuasa tersebut ke roda belakang menerusi kotak gear automatik tujuh kelajuan. Sama seperti Coupe, 600LT Spider memerlukan 2.8 saat untuk memecut dari 0 hingga 100 km/j.

mclaren-600lt-spider-3

Bagaimanapun, pecutan ke 200 km/j memakan masa sebanyak 8.4 saat (0.2 saat lebih perlahan) manakala kelajuan maksimum juga lebih rendah sedikit iaitu 324 km/j berbanding 328 km/j yang mampu dicapai oleh 600LT Coupe. Jika bumbung diturunkan, jentera ini hanya mampu memecut sehingga 315 km/j.

mclaren-600lt-spider-4

Seperti model Long Tail yang lain, pengeluaran 600LT Spider adalah terhad namun jumlah yang akan dihasilkan tidak diketahui. Ia boleh dipesan mulai sekarang dengan harga bermula dari $256,500 (RM1.06 juta).

Previous post

Pandu Uji Ringkas: Toyota Vios Baharu

Next post

Kilang Enjin Geely Mengamalkan Standard Pengeluaran Volvo

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *