Berita Auto

Lamborghini Huracan EVO – Supercar Yang Pintar

Lamborghini telah mendedahkan versi terbaru Huracan yang dikenali sebagai Huracan EVO. Jentera ini didatangkan dengan enjin yang sama dengan versi Performante namun mempunyai ciri kawalan dan aerodinamik baharu bagi menjadikannya lebih pantas.

BHP-Infiniti-Thematic_Web-Banner_DSF_ENG_650x85_FA

Terletak di belakang kokpit, enjin aspirasi natural 5.2-liter V10 itu menghasilkan 640 PS pada 8,000 rpm dan 600 Nm pada 6,500 rpm. Dengan berat kering mencecah 1,422 kg, Huracan EVO memerlukan hanya 2.9 saat untuk memecut dari 0 hingga 100 km/j, dan 9.0 saat untuk memecut dari 0 hingga 200 km/j. Brek dari 100 hingga 0 km/j boleh dilakukan dalam jarak 31.9 meter, manakala kelajuan maksimumnya pula adalah melebihi 325 km/j.

2020-lamborghini-huracan-evo-2

Huracan EVO dilengkapi dengan unit pemprosesan pusat (CPU) yang dikenali sebagai Lamborghini Dinamica Veicolo Integrata (LDVI). Ia berfungsi sebagai ‘otak’ kepada jentera ini yang ditugaskan untuk mengawal aspek-aspek seperti pendikit, stereng, suspensi dan sebagainya, serta meramal tindakan pemandu bagi menghasilkan pemanduan yang dinamik.

2020-lamborghini-huracan-evo-4

Selain itu, ‘Baby Bull’ ini juga mempunyai Lamborghini Dynamic Steering (LDS) dengan ciri kawalan roda belakang, sistem pemvektoran tork bagi keempat-empat roda dan sistem Traction Control baharu. Turut disertakan adalah Lamborghini Piattaforma Inerziale (LPI), satu set sensor yang berfungsi memantau pecutan kenderaan serta kadar roll, pitch dan yaw. Sistem suspensi turut dipertingkatkan dan kini ia mampu menyesuaikan kadar redaman berdasarkan input dari LPI.

2020-lamborghini-huracan-evo-3

Dari segi reka bentuk, Huracan EVO menampilkan rekaan bampar hadapan dan belakang baharu, serta rim Aesir bersaiz 20 inci. Di dalam, terdapat skrin sentuh 8.4 inci yang mempunyai fungsi kawalan pergerakan tangan dan Apple CarPlay. Pelanggan juga boleh mendapatkan sistem telemetri dengan dua kamera untuk tujuan rakaman dan analisa.

Previous post

Bateri Lithium Ion Untuk Kereta Berbanding Bateri Sel Basah

Next post

Pelancaran Subaru S209 14 Januari Ini

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *