Berita Auto

Kia Telluride – Kenderaan Paling Besar Jenama Korea Itu

Anda tidak perlu ke Amerika Syarikat untuk mengetahui bahawa di sana semuanya besar-besar belaka. Ini termasuklah jalan-jalan raya yang sering sarat dengan SUV bersaiz penuh seperti Cadillac Escalade, Chevrolet Suburban, Lincoln Navigator dan bermacam-macam lagi.

BHP-Infiniti-Thematic_Web-Banner_DSF_ENG_650x85_FA

Bercakap tentang SUV saiz penuh, pengeluar kenderaan dari Korea Selatan iaitu Kia mengambil langkah berani untuk bersaing dalam segmen tersebut dengan model terbaru mereka yang diberi nama Telluride.

2020-kia-telluride-2

Dibangunkan khas untuk pasaran Amerika Syarikat, Telluride merupakan kenderaan paling besar pernah dihasilkan oleh jenama itu. Enjinnya juga agak besar iaitu 3.8-liter V6 yang menjana 291 hp pada 6,000 rpm dan 355 Nm pada 5,200 rpm. Ia dipadankan dengan transmisi automatik lapan kelajuan.

Telluride didatangkan standard dengan suspensi bebas. Pelanggan juga boleh mendapatkan suspensi ‘self leveling’ pada bahagian belakang yang berfungsi menetapkan ketinggian kenderaan berdasarkan beban yang dibawa untuk pemanduan dan kawalan optimum.

2020-kia-telluride-4

Terdapat empat mod pemanduan iaitu Smart, Eco, Sport dan Comfort. Selain mod-mod pemanduan biasa ini, Telluride juga mempunyai mod Snow dan AWD Lock untuk keadaan pemanduan yang lebih spesifik.

Kuasa di antara gandar hadapan dan belakang dibahagikan secara efisien oleh sistem pacuan semua roda (AWD) aktif. Kuasa dibahagikan mengikut mod pemanduan yang dipilih – Comfort dan Snow menyalurkan 80% kuasa ke gandar hadapan, 20% ke belakang manakala Sport menyalurkan 65% kuasa ke hadapan dan selebihnya ke belakang. Mod Lock pula membahagikan kuasa secara sama rata.

2020-kia-telluride-5

Sebagai model SUV flagship Kia, Telluride menawarkan pelbagai sistem bantuan pemandu canggih yang terdiri daripada ciri-ciri seperti Blind Spot Collision-Avoidance Assist Rear (BCA-R), Rear Cross-Traffic Collision Avoidance Assist (RCCA), Lane Following Assist (LFA), Safe Exit Assist (SEA), Highway Driving Assist (HDA), Head-Up Display (HUD), Driver Talk, Quiet Mode, Rear Occupant Alert serta Downhill Brake Control (DBC).

Model ini akan dipasang di West Point, Georgia, bersama-sama dengan Sorento dan Optima. Ia akan dijual bermula tahun hadapan dalam empat varian iaitu LX, EX, S dan SX, dengan pilihan pacuan roda hadapan atau pacuan semua roda.

2020-kia-telluride-3

 

Previous post

Veloster N TCR Jadi Taruhan Hyundai

Next post

Brexit Mungkin Masalah Besar Untuk Rolls-Royce

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *