Gaya Hidup

Kia Berkerjasama Dengan Supergroup Korea BLACKPINK Untuk Tour 2019 (Termasuk Malaysia)

Kia Motors Corporation minggu lepas mengumumkan perkongsian baru dengan supergroup K-Pop wanita Korea BLACKPINK, menjadi penaja utama untuk World Tour 2019 kumpulan itu.

Screenshot 2019-01-07 at 6.35.15 PM

BLACKPINK ialah kumpulan empat anggota multinasional yang membuat kemunculannya pada tahun 2016 di bawah K-Pop YG Entertainment, dan mempunyai saluran YouTube  kumpulan wanita yang paling banyak dilanggan di dunia pada hari ini.

Berkerjasama dengan BLACKPINK, Kia sedang berusaha untuk mewujudkan hubungan yang lebih rapat dengan generasi muda menerusi kempen jangkauan yang diilhamkan K-Pop. Sebagai penaja utama Jelajah Dunia pertama, Kia akan mengadakan siri pengalaman sepanjang tempoh tour, memberi peminat tempatan peluang untuk bertemu dengan bintang K-Pop kegemaran mereka secara bersemuka. World Tour bermula Januari 2019 pada skala global termasuk 7 bandar di Asia seperti Bangkok, Hong Kong dan Singapura. Dan ya, mereka akan datang ke Malaysia juga pada bulan Februari ini.

Kia merancang untuk melibatkan pelanggan menerusi kempen saluran SNS dan menawarkan peluang eksklusif untuk menyertai acara di mana mereka dapat bertemu dengan ahli BLACKPINK secara peribadi dan menerima hadiah seperti CD yang ditandatangani.

Blackpink suka Kia Stinger!

Previous post

Penyelidikan Keselamatan Adalah Keutamaan No.1 Volvo

Next post

Bateri Lithium Ion Untuk Kereta Berbanding Bateri Sel Basah

Ross Hadi

Ross Hadi

14 tahun bikin burger, 21 tahun mengacara, 8 tahun borak kereta dan kini ... berkongsi sama!

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>