Bisnes

Jualan Ford Ranger Meningkat 19 Peratus Pada 2018

Permintaan kukuh terhadap Ford Ranger telah mendorong prestasi jualannya untuk 2018 melonjak naik sebanyak 19 peratus berbanding tahun sebelumnya.

BHP-Infiniti-Thematic_Web-Banner_DSF_ENG_650x85_FA

Bukan itu sahaja Ranger turut meningkatkan pegangannya di dalam segmen trak pikap untuk tahun 2018 kepada 15 peratus, tambahan sebanyak 1.4 peratus dari tahun sebelumnya.

“Sifat serba boleh dan kemampuan Ranger yang tiada tandingan itu menjadi pemacu kepada kejayaan dan juga daya penarik kepada para pelanggan”, ujar Truong Kim Phong, Pengarah Urusan Ford Motor Company untuk Pasaran Baharu Muncul, Asia Pasifik.

Ranger mengakhiri tahun 2018 di tangga kedua carta jualan trak pikap paling laris dalam pasaran Malaysia. Ia juga berjaya merangkul beberapa anugerah tempatan termasuk gelaran Trak Pikap Tahunan dari DSF.my Allianz Vehicle of the Year Awards (VOTY).

IMG_1827

Untuk pasaran Malaysia, Ranger boleh didapati di dalam sembilan varian, termasuk Ranger Wildtrak, Ranger XLT+, XLT, XL dan Ranger Raptor yang direka khusus untuk pemanduan lasak dan kelajuan tinggi.

“Baru-baru ini kami telah memperkenalkan barisan Ranger yang diberikan nafas baharu dengan menggabungkan ciri-ciri teknologi, keselamatan dan keselesaan yang terkini,” terang Syed Ahmad Muzri Syed Faiz, Pengarah Urusan Sime Darby Auto Connexion (SDAC).

“Kami yakin momentum jualan Ranger akan berterusan tahun ini. Di samping itu, SDAC sendiri akan terus meningkatkan lagi mutu perkhidmatan pelanggan”, sambung beliau.

Ford dan SDAC akan sama-sama berusaha untuk memperhebatkan pengalaman pemilikan produk Ford dan usaha itu termasuk proses penambahan dan penaikan taraf pengedar-pengedar Ford di seluruh negara. Tahun lalu, Ford dan SDAC mengumumkan pembukaan dan penaikan taraf Sime Darby Auto Connexion (Kuching) dan Sime Darby Auto Connexion (Kota Kinabalu).

Previous post

Goodyear Assurance TripleMax 2 Dilancarkan Untuk Pasaran Malaysia

Next post

Suzuki Swift Yellow Rev Adalah Apa Yang Diingini Orang Malaysia

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>