Berita Auto

Harga RON95, RON97 dan Diesel Turun Bermula Tengah Malam Ini

Menteri Kewangan Lim Guan Eng telah mengumumkan bahawa harga runcit bahan petroleum akan ditetapkan secara mingguan bagi membolehkan pengguna menikmati sebarang perubahan harga dengan lebih cepat selaras dengan trend penurunan harga petroleum di pasaran dunia.

BHP-Infiniti-Thematic_Web-Banner_DSF_ENG_650x85_FA

Bermula 5 Januari hingga 11 Januari 2019, harga runcit petrol RON97 akan diturunkan daripada RM2.50 seliter kepada RM2.23 seliter, RON95 daripada RM2.20 seliter kepada RM1.93 seliter, manakala harga runcit diesel akan diturunkan daripada RM2.18 seliter kepada RM2.04 seliter.

Harga runcit produk petroleum akan diselaraskan semula pada setiap minggu mengikut kaedah apungan terkawal di bawah formula Automatic Pricing Mechanism (APM). Pengumuman harga akan dibuat pada hari Jumaat setiap minggu, dan berkuat kuasa mulai hari Sabtu sehingga Jumaat.

 

Previous post

Muzium Ferrari Merayakan Ulang Tahun Ke-50 Schumacher

Next post

BMW’s 1-Series Baharu Akan Mendapat Varian Sedan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *