Cerita Auto

Goodyear Assurance TripleMax 2 Dilancarkan Untuk Pasaran Malaysia

Goodyear Malaysia telah mengumumkan kedatangan tayar Assurance TripleMax 2 yang direka untuk segmen penumpang pertengahan. Assurance TripleMax dilancarkan buat kali pertama pada 2013 dan sejak itu telah memenangi kepercayaan pengeluar kereta utama serta pengguna di serata dunia.

BHP-Infiniti-Thematic_Web-Banner_DSF_ENG_650x85_FA

Bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat dari pemegang kepentingan B2B dan B2C, Assurance TripleMax 2 telah memasuki pasaran dengan rekaan untuk meningkatkan keselamatan dan ketahanan tayar. Di samping itu, ia juga dioptimumkan untuk prestasi cengkaman yang sangat baik dengan jarak brek yang pendek di atas jalan basah, membolehkan pemandu berhenti dengan lebih cepat dan memandu dengan lebih selamat.

Tayar Assurance TripleMax 2 dengan teknologi HydroTred telah dipertingkatkan bagi menyampaikan prestasi yang lebih baik dalam aspek-aspek berikut:

  • Membrek dalam keadaan jalan basah: Formulasi kompaun yang inovatif meningkatkan keterlekatan dan mikrostruktur yang dioptimumkan menyampaikan cengkaman dan prestasi brek yang lebih baik dalam keadaan jalan basah.
  • Prestasi pengendalian: Teknologi HydroTred baharu memberikan pengalaman pemanduan yang lebih baik menerusi ketepatan stereng.
  • Prestasi keselesaan: Corak bunga yang inovatif direka untuk meminimumkan bunyi bising sepanjang hayat tayar, memberikan pemanduan yang lebih lancar dan selesa.
  • Prestasi ketahanan: Ciri teknikal tambahan pada bahagian dinding (sidewall), reka bentuk dan bahan diperkenalkan pada Assurance TripleMax 2 untuk meningkatkan ketahanan terhadap impak.

Goodyear Assurance TripleMax 2 kini boleh didapati untuk pembelian dan pemasangan di hampir 200 cawangan Goodyear Autocare mulai November 2018. Cawangan-cawangan ini boleh didapati di bandar-bandar utama di seluruh negara untuk menawarkan pengalaman membeli-belah automotif yang lebih menyeluruh.

Goodyear Assurance TripleMax 2 – 01

Goodyear Assurance TripleMax 2 - 2

Goodyear Assurance TripleMax 2 - 3

 

Previous post

Pelancaran Volvo S60 Sports Sedan Semua Baharu Di Singapore Motorshow 2019

Next post

Jualan Ford Ranger Meningkat 19 Peratus Pada 2018

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>