Awas!

gohedgostan Berkongsi 3 Resolusi Tahun Baru www.dsf.my

.Setiap tahun ramai dari kita di seluruh dunia membuat resolusi tahun baharu dan ramai yang gagal. Resolusi tahun baru boleh menjadi cara yang ampuh untuk membuat perubahan dalam hidup anda … dengan syarat jangan give-up lah.

Tip untuk berjaya, sediakan pelan sebelum bermula dan peringatkan diri setiap minggu menggunakan kalendar telefon pintar anda.

.Resolusi yang selalu kita dengar: berhenti merokok: menurunkan berat badan: menjadi seorang yang lebih baik dan prihatin. Kami di www.dsf.my dan gohedgostan.com berkongsi 3 resolusi kami untuk 2019.

  1. Mencuba dengan sebaik mungkin untuk mempengaruhi lebih ramai ibu bapa Malaysia dengan anak kecil untuk menggunakan kerusi kereta bayi dan kerusi booster dalam kenderaan mereka.
  2. Mencuba mempengaruhi lebih banyak pemandu Malaysia untuk berhenti menggunakan telefon bimbit semasa memandu. Bukan senang tetapi kita akan cuba.
  3. Mencuba mengpengaruhi lebih ramai rakyat Malaysia menggunakan tali pinggang keselamatan semasa memandu … berserta dengan penumpang belakang mereka.

Kami berharap dapat membantu mengurangkan kadar kemalangan maut trafik walaupun satu dan memastikan rakyat Malaysia selamat di jalan raya 2019 ini.

 

 

Previous post

Beli Kereta Nissan dan Berpeluang Menang Kondominium Bernilai RM665,000

Next post

Ingin Pasang Iklan Pada Badan Kenderaan? Dapatkan Kelulusan JPJ Dulu Sebelum Buat Pemeriksaan PUSPAKOM

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *