Cerita Auto

Dapatkan Pemeriksaan Kenderaan Percuma di Puspakom Sempena Tahun Baru Cina

Menjelang sambutan perayaan Tahun Baru Cina ini, Puspakom akan menganjurkan kempen pemeriksaan kenderaan sukarela #drivesafenoregrets secara percuma bagi pemilik kenderaan persendirian. Ia akan diadakan dari 25 Januari hingga 4 Februari 2019, dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang di semua cawangan Puspakom di seluruh negara, kecuali Shah Alam, Lahad Datu dan Pasir Gudang.

BHP-Infiniti-Thematic_Web-Banner_DSF_ENG_650x85_FA

Unit Pemeriksaan Bergerak Puspakom juga akan menawarkan pemeriksaan percuma di lokasi berikut dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Orang ramai digalakkan untuk memeriksa kenderaan mereka secara percuma sempena kempen ini:

capture-20190123-153740

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Puspakom, Shukor Ismail, kempen #drivesafenoregrets ini merupakan salah satu komitmen dan tanggungjawab korporat Puspakom dalam usaha meningkatkan kesedaran dan kefahaman masyarakat terhadap aspek keselamatan kenderaan bagi memastikan keselamatan jalan raya ketika musim perayaan.

“Statistik kami menunjukkan kempen pemeriksaan percuma sempena musim perayaan pada tahun 2018 mencatat sebanyak 4,270 buah kenderaan persendirian, iaitu peningkatan sebanyak 50% berbanding hanya 2,822 buah kenderaan pada 2017,” kata Shukor.

Gambar 4-4 Unit Pemeriksaan Bergerak PUSPAKOM

Sempena kempen ini, Puspakom juga menganjurkan pertandingan Instagram ‘Snap & Win’ dan pertandingan Facebook ‘Share & Win’, di mana pelanggan berpeluang memenangi hadiah menarik yang ditawarkan seperti telefon pintar Huawei Y9, Lenovo Tab 7 Essential, kamera dashcam Full HD 1080 DVR, jam tangan pintar dan juga kad Touch’n Go eksklusif bernilai RM88.

Pelanggan yang hadir menjalani pemeriksaan percuma ini akan diberi keutamaan tanpa perlu menunggu dan membuat sebarang temujanji, serta tidak memerlukan sebarang dokumen.

Gambar 1-4 Banner PUSPAKOM

Pemeriksaan kenderaan sukarela ini merangkumi ujian pengeluaran asap, suspensi, gelincir sisi, bahagian atas dan bawah kenderaan, brek dan ketelusan cahaya cermin. Laporan pemeriksaan akan diserahkan kepada pelanggan sejurus selesai pemeriksaan dan boleh dijadikan sebagai rujukan bagi memudahkan pelanggan membuat penyelenggaraan dan pembaikan selanjutnya terhadap kenderaan mereka.

Previous post

VUHL 05RR - Senjata Litar Setanding Supercar

Next post

Perodua Sasar Peningkatan Jualan Sebanyak 1.7% Tahun Ini

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *