Gaya Hidup

Beli Kereta Nissan dan Berpeluang Menang Kondominium Bernilai RM665,000

Sempena menyambut ketibaan tahun baru, Edaran Tan Chong Motor (ETCM) memberi peluang kepada pelanggannya untuk memiliki sebuah kondominium 2+1 bilik baharu dengan dua tempat letak kereta dalam peraduan ‘Beli Kereta Menang Rumah’.

BHP-Infiniti-Thematic_Web-Banner_DSF_ENG_650x85_FA

Peraduan ini merupakan satu kerjasama unik antara ETCM dan JKG Land Berhad, di mana pelanggan yang membeli dan mendaftarkan sebuah kenderaan Nissan hingga 31 Disember 2019 berpeluang memenangi sebuah kondominium bernilai RM665,000 di The ERA, Duta North Kuala Lumpur. Selain itu, ETCM juga menawarkan rebat menarik sehingga RM12,000 untuk model-model terpilih Nissan.

2_Serena S-Hybrid PHWS_Imperial Red

Bagi meraikan Tahun Baru Cina yang akan tiba tidak lama laig, ETCM kini menawarkan warna merah (Imperial Red) baharu bagi Serena 2.0L S-Hybrid Premium Highway Star. Model MPV itu hadir dengan tema dua tona bersama reka bentuk bumbung terapung, spoiler belakang dan cermin sisi berwarna hitam.

3_New Nissan X-Trail X-Tremer_Passion Red

Bukan itu sahaja, ETCM sekali lagi memperkenalkan X-Trail X-Tremer dalam warna merah (Passion Red), serta dua pilihan warna tambahan iaitu putih (Brilliant White) dan perak (Tungsten Silver) bersama komponen-komponen berwarna hitam seperti rel bumbung, spoiler belakang, cermin sisi dan rim aloi lima jejari bersaiz 17 inci.

5_New Nissan X-Trail X-Tremer_Tungsten Silver

Kedua-dua model ini akan membuat penampilan di Karnival Pandu Uji Nissan 2019 yang akan diadakan dari 5 hingga 6 Januari dan 11 hingga 13 Januari di bilik pameran ETCM terpilih, bermula pada pukul 10am hingga 8pm. Orang ramai dijemput untuk mengunjungi karnival ini untuk menikmati tawaran hebat dan pelbagai aktiviti-aktiviti Tahun Baru Cina yang menarik.

4_New Nissan X-Trail X-Tremer_Brilliant White

Previous post

Sedan Baharu Geely Bin Rui Laku Di China

Next post

gohedgostan Berkongsi 3 Resolusi Tahun Baru www.dsf.my

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *