Hibrid & Elektrik

Audi PB18 e-tron Bakal Masuk Fasa Produksi

Segmen kereta elektrik bakal menjadi lebih hangat kerana Audi PB18 e-tron yang diperkenalkan pada tahun lalu dikatakan telah mendapat lampu hijau untuk produksi.

BHP-Infiniti-Thematic_Web-Banner_DSF_ENG_650x85_FA

Perkara ini disahkan oleh ketua pegawai eksekutif Audi Global, Bram Schot dalam satu temubual bersama Autoweek Netherlands. Beliau berkata bahawa supercar elektrik itu akan muncul dalam tempoh satu atau dua tahun lagi, dalam jumlah yang terhad iaitu 50 unit sahaja.

Dipacu oleh tiga buah motor elektrik (satu pada gandar hadapan, selebihnya pada gandar belakang), PB18 e-tron mempunyai 671 hp dan 830 Nm. Fungsi boost boleh meningkatkan kuasa kepada 764 hp untuk beberapa saat.

audi-pb-18-e-tron

Dari segi prestasi, ia dikatakan mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam kurang dua saat. Penggunaan pek bateri ‘solid state’ membolehkan jentera ini dipandu sejauh 500 km dengan satu cas penuh, manakala sistem pengecas 800 volt membolehkan ia dicas sepenuhnya dalam tempoh 15 minit.

Satu lagi keistimewaan PB18 e-tron adalah rekaan susun atur bahagian dalamannya yang unik di mana pemandu duduk di tengah-tengah kokpit seperti McLaren F1. Bagaimanapun, kedudukan stereng dan tempat duduk boleh dialihkan ke kiri atau kanan bagi memberi ruang jika terdapat penumpang.

audi-pb-18-e-tron-2

Perkembangan terbaru ini menunjukkan bahawa Audi serius dalam memperkembangkan portfolio kereta elektriknya. Pada tahun lalu, pengeluar dari Jerman itu telah memulakan pengeluaran e-tron SUV dan akan disusuli oleh e-tron GT pula.

 

 

Previous post

GTR 8XX Evo-R Talaan Gemballa

Next post

Toyota Mark X GRMN Tampil Dengan Transmisi Manual dan Pacuan Roda Belakang

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>