Berita Auto

5 Sebab Mengapa Kaki Motor Suka Dalaman Kereta Lama

Kaki Motor menghormati mereka yang tua. Mereka baik hati, faham dan sabar terhadap yang berumor. Maksud kami … kereta lama. Ya, petrolhead yang sebenar sukakan kabin kereta lama daripada kabin kereta moden dan di sini kita berkongsi 5 sebab mengapa.

  1. Kabin kereta yang lama mempunyai bau yang dikenali … bukan musty, bukan busuk, tetapi bau khusus kepada jenama. Seperti semua BMW lama mempunyai bau kabin yang sama. Begitu juga dengan semua Volvo lama, FIAT lama dan VW lama.
  2. Instrumen tidak rumit dan sebenarnya lebih tepat. Instrumen digital moden bergerak lebih laju daripada revolusi enjin. Cuba perhati dengan teliti dengan lebih dekat lagi bila anda memecut kereta digital modern anda.
  3. Harus ada 3 pedal pedal. Ya, ia mesti mempunyai kotak gear manual dan dengan batang penukar gear.
  4. Knobs dan suis yang mempunyai sentuhan sebenar. Tidak seperti butang sentuhan lembut moden atau tablet seperti fungsi yang anda ‘swipe’ dan ‘scroll’.
  5. Kabin kereta lama tidak ada gangguan. Tiada unit hiburan mewah dan sistem sambungan kereta untuk menghilangkan keseronokan memandu.

Kebanyakan anda mungkin tidak akan memahami sebab-sebab yang  kami sebut di atas kerana anda tidak berpeluang untuk memiliki dan memandu kereta lama.

 

Previous post

Macan S Terima Sentuhan Porsche Exclusive Manufaktur

Next post

Volkswagen Perkenal 'Power Bank' Untuk Kenderaan Elektrik

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *