Berita Auto

10 Pencapaian Terbaik Proton Sepanjang 2018

Dengan kedatangan tahun baru 2019, Proton menyingkap kembali tahun 2018 yang penuh dengan pelbagai aktiviti dan berkongsi mengenai sepuluh cerita utama bagi sorotan tahun yang sibuk buat pengeluar kereta nasional itu. Cerita-cerita ini dipilih sendiri oleh pekerja-pekerja Proton.

BHP-Infiniti-Thematic_Web-Banner_DSF_ENG_650x85_FA

Meskipun majlis pelancaran diadakan pada bulan terakhir tahun 2018, Proton X70 yang dilancarkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia, sememangnya merupakan pelancaran kereta tahunan bukan sahaja untuk Proton tetapi untuk seluruh industri automotif negara. SUV pertama keluaran syarikat itu telah mendapat liputan meluas dari media dan mewujudkan imaginasi pembeli kereta yang telah berpusu-pusu ke pusat pameran untuk membuat tempahan awal.

3

Usaha-usaha publisiti pra pelancaran model baharu Proton tersebut telah pun dijalankan sejak awal tahun 2018 lagi. Pada 14 April 2018, undian nama secara dalam talian telah dilancarkan bagi membolehkan rakyat Malaysia memilih nama dan ia telah mendapat maklum balas yang hebat. Nama yang paling banyak dipilih ialah X70, nama yang mudah dan senang serta sesuai digunakan dalam pelbagai pasaran eksport.

02 PROTON 1-Tank Adventure_EM_Flag off

Tumpuan usaha beralih pula kepada model semasa Proton pada 17 Julai 2018 melalui perasmian cabaran Proton 1-Tank Adventure, di mana pemilik Iriz, Persona dan Saga bersaing bersama para media dan ‘key opinion leaders’ untuk meneroka keindahan ke beberapa negeri di Malaysia dengan hanya menggunakan satu tangki minyak.

Group photo

Acara seterusnya pula ialah pengukuhan kerjasama antara Geely dan Proton menerusi acara menandatangani Perjanjian Dasar Induk yang diadakan di China pada bulan Ogos untuk meneroka rancangan masa depan bagi mengeluarkan dan menjual kereta Proton di negara itu.

01 ACE THE SPACE_PROTON EXORA

Pada bulan yang sama, Proton juga telah berjaya masuk ke dalam senarai Malaysia Book of Records apabila 55 orang berjaya dimuatkan ke dalam sebuah Exora dalam cabaran Ace the Space.

03 EXCLUSIVE CUSTOMER PREVIEW_CENTRAL_Unveiling the Proton X70

Empat bulan terakhir tahun 2018 menandakan peningkatan jumlah acara atau aktiviti penting syarikat. Pada bulan September lalu, X70 telah dipratonton kepada tetamu undangan dan dari situ bermulalah siri jelajah yang membawa SUV itu ke tujuh bandar utama di Malaysia.

02 PROTON HSN21KM_PROTON TEAM

Ini disusuli dengan aktiviti yang tidak melibatkan produk Proton pada 13 Oktober lalu iaitu dengan penajaan dalam perlumbaan HSN21KM. Akan tetapi tumpuan kembali kepada Proton X70 pada 17 Oktober melalui pelancaran platform tempahan dalam talian khas untuk SUV baharu itu.

x70_crash_test_front_ancap

Pada bulan November pula, dua lagi pencapaian yang menaikkan nama Proton di dada akhbar. Pertama, X70 menerima penarafan lima-bintang ASEAN NCAP, diikuti dengan pengenalan awam model tersebut di acara KLIMS 2018.

PROTON WINS S1K_PROTON IRIZ AND SAGA IN THE S1K RACE

 

Kemudian, Proton juga telah berjaya meraih kejayaan di perlumbaan Sepang 1000KM pada 23 November melalui Iriz, menjadikannya jenama yang paling cemerlang dalam sejarah acara perlumbaan tersebut.

Previous post

Brosur Perodua Aruz Bocor!

Next post

25 Kereta Paling 'Cool' Era 70-an

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *