Motosikal / Lain Lain Roda

Yamaha X-Max 250 Kini Dalam Dua Warna Baharu

Hong Leong Yamaha Motor telah mengumumkan bahawa Yamaha X-Max 250 boleh didapati dalam dua warna baharu iaitu Matt Blue dan Matt Red bermula Disember 2018.

BHP-Infiniti-Thematic_Web-Banner_DSF_ENG_650x85_FA

Menurut syarikat itu, harga skuter maxi itu tidak berubah iaitu RM21,225 (tidak termasuk cukai dan insurans).

Menjana X-Max 250 adalah enjin 250 cc, sejukan cecair SOHC dengan teknologi suntikan bahan api yang menghasilkan 22.5 hp pada 7,000 rpm dan 24.3 Nm pada 5,500 rpm. Kuasa disalurkan ke roda belakang menerusi transmisi automatik.

18 XMAXBlue

Ia didatangkan standard dengan lampu LED, panel instrumen LCD, pengecas 12V serta ruang penyimpanan di bawah tempat duduk yang cukup luas untuk memuatkan dua topi keledar muka penuh. Selain itu, bar hendal dan penghadang angin boleh laras memberikan keselesaan dan kelebihan aerodinamik.

Dari segi keselamatan, X-Max 250 dilengkapi dengan ABS depan dan belakang, Traction Control System (TCS) dan sistem kunci pintar.

Previous post

Project Inferno Ingin Cabar Cayenne Turbo dan Urus

Next post

Volvo, Jaguar, BMW & Benz Ingin Memacu Sektor SUV Kompak Premium

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *