Cerita Auto

Volvo S60, V60 Terima 5 Bintang Dari Euro NCAP

Kedua-dua Volvo S60 dan V60 telah memperoleh penarafan lima bintang dalam ujian keselamatan Euro NCAP 2018. Ini bermakna semua model semasa yang ditawarkan oleh pengeluar kenderaan dari Sweden itu mempunyai teknologi keselamatan bertaraf lima bintang.

Ujian penilaian Euro NCAP 2018 adalah yang paling sukar setakat ini, terutamanya dengan cabaran-cabaran baru berkenaan teknologi keselamatan, termasuk Cyclist Detection with Auto Brake dan Emergency Lane Keeping System.

BHP-Infiniti-Thematic_Web-Banner_DSF_ENG_650x85_FA

S60 dan V60 berkongsi platform Scalable Product Architecture (SPA) serta teknologi keselamatan yang sama dengan XC60 dan model-model siri 90 (V90, S90 dan XC90).

Pakej keselamatan aktif City Safety dengan teknologi Autobrake didatangkan secara standard bagi semua model Volvo. Bagi S60 dan V60, City Safety turut mengenakan brek secara automatik bagi mengurangkan impak pelanggaran. Selain itu, ia juga satu-satunya sistem keselamatan dalam pasaran yang membantu mengesan pejalan kaki, penunggang basikal dan haiwan besar.

527709

 

Previous post

Azlan Sertai ONEXOX TKKR Racing Untuk Saingan ASB1000 ARRC

Next post

Hanya RM48,000 Untuk Sebuah Hot Hatch ... Amacam?

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>