Berita Auto

Tujuh Pemenang Utama Peraduan ‘Joy of Buying’ Honda Malaysia Bawa Pulang City

Honda Malaysia hari ini menutup tirai peraduan ‘Joy of Buying’ dengan menyampaikan hadiah berupa Honda City kepada tujuh pemenang utama. Peraduan tersebut telah diadakan dari 1 September hingga 31 Oktober 2018 sempena ulang tahun ke-70 Honda serta Hari Kemerdekaan.

Presiden dan Ketua Pegawai Operasi Honda Malaysia, Roslan Abdullah berkata, “Peraduan ini adalah satu usaha bagi menunjukkan penghargaan kepada pelanggan kami. Sokongan kuat pelanggan telah membolehkan Honda Malaysia menjadi jenama bukan nasional nombor 1  untuk tiga tahun berturut-turut.”

BHP-Infiniti-Thematic_Web-Banner_DSF_ENG_650x85_FA

Peraduan yang berlangsung selama dua bulan itu menerima kira-kira 4,800 penyertaan dari seluruh negara dan daripada jumlah tersebut, 301 peserta telah dipilih sebagai pemenang. Selain daripada tujuh hadiah utama yang berupa sebuah Honda City, 17 pemenang tempat kedua berjaya membawa pulang Sony Blu-Ray Home Cinema System setiap seorang, manakala 277 pemenang lain pula mendapat barangan rasmi Honda.

Peraduan ini terbuka kepada semua pelanggan yang membuat tempahan bagi mana-mana model Honda dalam tempoh tersebut. Peserta hanya perlu menjawab bagaimana slogan “The Power of Dreams” telah mengubah gaya hidup mereka dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan.

Previous post

Range Rover Sport Mencabar Gunung

Next post

Caterham Melancarkan Video Jenama - 'Anti-Teknologi'

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *